Malaysia legislation

Section 32

of *AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011

Seksyen 32

(a)

mempunyai apa-apa maklumat atau apa-apa dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi

Penolong Pengawal di bawah Akta ini; atau

(b)

berupaya memberikan apa-apa keterangan yang Penolong

Pengawal mempunyai sebab untuk mempercayai adalah berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi Penolong

Pengawal di bawah Akta ini.

(2)

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, Penolong Pengawal, dengan notis bertulis, boleh mengarahkan mana-mana orang—

(a)

supaya memberi Penolong Pengawal, dalam tempoh dan mengikut cara dan bentuk yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa maklumat atau dokumen yang disebut dalam subseksyen (1);

(b)

supaya mengemukakan kepada Penolong Pengawal, dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa maklumat atau dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau media elektronik;

(c)

supaya membuat salinan, atau cabutan daripada, apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) dan supaya mengemukakan salinan atau cabutan dokumen itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada Penolong

Perihal Dagangan 33

Pengawal dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu;

(d)

jika orang itu seorang individu, supaya hadir di hadapan

Penolong Pengawal pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, dan untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau media elektronik;

(e)

jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan atau badan awam, supaya menyebabkan pegawai yang berkaitan dan berkelayakan bagi pertubuhan atau badan itu untuk hadir di hadapan Penolong Pengawal pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, dan untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau media elektronik;

(f)

jika orang itu suatu perkongsian, supaya menyebabkan individu yang merupakan seorang pekongsi dalam perkongsian itu atau pekerja perkongsian itu untuk hadir di hadapan Penolong Pengawal pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, dan untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau media elektronik; atau

(g)

supaya membuat suatu pernyataan kepada Penolong

Pengawal dengan memberikan suatu penjelasan mengenai apa-apa maklumat atau dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) dalam tempoh dan mengikut cara dan bentuk yang dinyatakan dalam notis itu.

(3)

Jika Penolong Pengawal mengarahkan mana-mana orang supaya mengemukakan apa-apa dokumen di bawah subseksyen (2)

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 730

dan orang itu tidak mempunyai jagaan ke atas dokumen itu, orang itu hendaklah—

(a)

menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, di mana dokumen itu boleh dijumpai;

dan

(b)

mengenal pasti, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, orang yang terakhir mempunyai jagaan ke atas dokumen itu dan menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, di mana orang terakhir yang disebut itu boleh dijumpai.

(4)

Mana-mana orang yang diarahkan supaya memberikan maklumat di bawah subseksyen (2) atau (3) hendaklah memastikan bahawa maklumat yang diberikan itu adalah benar, tepat dan lengkap dan orang itu hendaklah memberikan representasi yang nyata yang bermaksud sedemikian, termasuk suatu perisytiharan bahawa dia tidak menyedari mengenai apa-apa maklumat lain yang akan menjadikan maklumat yang diberikan itu tidak benar atau mengelirukan.

(5)

Mana-mana orang yang enggan atau tidak mematuhi arahan yang dibuat oleh Penolong Pengawal di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Penolong Pengawal boleh memegang simpan dokumen