Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011

Seksyen 3

(2)

Pengawal hendaklah melaksanakan kewajipan yang dikenakan dan menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya tertakluk pada arahan dan kawalan am Menteri.

(3)

Timbalan Pengawal, Penolong Pengawal dan pegawai lain yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah berada di bawah arahan dan kawalan Pengawal.

(4)

Timbalan Pengawal boleh melaksanakan segala kewajipan yang dikenakan dan menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada

Pengawal.

(5)

Pengawal dan Timbalan Pengawal boleh melaksanakan segala kewajipan yang dikenakan dan menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada Penolong Pengawal.

(6)

Seseorang pegawai yang dilantik di bawah seksyen ini apabila bertindak terhadap mana-mana orang di bawah Akta ini hendaklah, apabila diminta, mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak itu apa-apa kad kuasa sebagaimana yang diarahkan oleh Pengawal supaya dibawa oleh pegawai itu.

(7)

Seseorang pegawai yang dilantik di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam pengertian

Kanun Keseksaan [Akta 574].

Section 3 — AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011 | mylaw.my