Malaysia legislation
Section 40
Seksyen 40
(a)
dia boleh, bagi maksud menentukan sama ada apa-apa kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan, memeriksa mana-mana barang dan memasuki mana-mana premis selain premis yang digunakan sebagai tempat kediaman sahaja;
(b)
jika dia ada sebab yang munasabah bagi mengesyaki bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan, dia boleh menyita dan menahan apa-apa barang bagi maksud menentukan, dengan cara menguji atau dengan cara lain, sama ada kesalahan itu telah dilakukan;
(c)
dia boleh menyita dan menahan mana-mana barang atau dokumen yang dia ada sebab untuk mempercayai mungkin dikehendaki sebagai keterangan dalam prosiding bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini;
(d)
dia boleh, bagi maksud menjalankan kuasanya di bawah subseksyen ini untuk menyita barang-barang, tetapi hanya jika dan setakat yang semunasabahnya perlu untuk memastikan bahawa peruntukan Akta ini dan peruntukan mana-mana perintah yang dibuat di bawah Akta ini dituruti dengan sewajarnya, menghendaki mana-mana orang yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian supaya memecah buka apa-apa bekas atau membuka apa-apa mesin penjualan dan, jika orang itu tidak mematuhi kehendak itu, dia sendiri boleh berbuat demikian.
(2)
Seseorang Penolong Pengawal yang menyita apa-apa barang atau dokumen pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini hendaklah memberitahu orang yang daripadanya barang-barang itu disita dan, dalam hal barang-barang yang disita daripada mesin penjualan, orang yang nama dan alamatnya dinyatakan pada mesin itu sebagai tuan punyanya atau, jika tiada nama dan alamat dinyatakan sedemikian, penduduk premis tempat mesin itu berada atau penduduk premis yang padanya mesin itu dilekatkan.
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 730
(3)
Jika barang-barang atau dokumen yang disita oleh Penolong
Pengawal pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini adalah disebabkan oleh jenis, saiz atau amaunnya tidak praktik untuk dipindahkan dari tempat barang-barang atau dokumen itu dijumpai, dia boleh dengan apa-apa cara mengelak barang-barang atau dokumen itu di dalam premis atau bekas yang di dalamnya barang-barang atau dokumen itu dijumpai dan menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang tanpa kuasa yang sah untuk memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak itu atau untuk memindahkan barang-barang atau dokumen itu atau untuk cuba berbuat demikian.
Kuasa untuk memasuki premis dengan waran geledah