Malaysia legislation
Section 41
Seksyen 41
Perihal Dagangan 39
(2)
Seseorang Penolong Pengawal yang memasuki mana-mana premis menurut seksyen ini boleh membawa bersama-samanya mana-mana orang lain dan apa-apa kelengkapan yang ternyata padanya perlu; dan apabila meninggalkan mana-mana premis yang telah dimasukinya menurut kuasa waran di bawah subseksyen yang terdahulu dia hendaklah, jika premis itu tidak diduduki atau penduduknya tidak ada buat sementara waktu, meninggalkan premis itu dalam keadaan yang betul-betul selamat daripada penceroboh sebagaimana keadaan premis itu didapati olehnya.
(3)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), waran yang dikeluarkan oleh Majistret boleh memberi kuasa penggeledahan dan
Perihal Dagangan 41
penyitaan apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen, data komputer, barang atau benda yang mengandungi atau dengan munasabahnya dipercayai mengandungi maklumat tentang apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan atau selainnya perlu untuk melaksanakan suatu penyiasatan bagi apa-apa kesalahan.
(4)
Penolong Pengawal yang menjalankan penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu.
(5)
Penolong Pengawal yang membuat pemeriksaan ke atas seseorang di bawah subseksyen (4) boleh menyita, atau mengambil milikan, dan menyimpan dalam jagaan selamat semua benda selain pakaian yang perlu yang dijumpai pada orang itu, dan apa-apa benda lain, yang berkenaan dengannya terdapat sebab untuk mempercayai bahawa benda itu merupakan peralatan atau keterangan mengenai kesalahan itu, dan benda itu boleh ditahan sehingga Mahkamah mengeluarkan perintah pelupusan terhadapnya.
(6)
Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, adalah tidak praktik untuk memindahkan apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, barang atau benda yang disita di bawah seksyen ini, Penolong Pengawal yang menyita itu hendaklah dengan apa-apa cara mengelak premis atau bekas yang di dalamnya dijumpai buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, barang atau benda itu.
(7)
Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (6)
atau memindahkan apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, barang atau benda yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan.
Kuasa memasuki dan menggeledah dan menyita tanpa waran