Malaysia legislation
Section 42
Seksyen 42
Jika Penolong Pengawal berpuas hati atas maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam mendapatkan
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 730
waran geledah di bawah seksyen 41 penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan pelanggaran atau kesalahan mungkin diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, Penolong
Pengawal boleh memasuki premis dan menjalankan di dalam, pada dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 41 dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.
Akses kepada maklumat berekod atau data berkomputer, dsb.