Malaysia legislation

Section 44

of *AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011

Seksyen 44

(a)

mengetahui atau mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa seorang Penolong Pengawal sedang bertindak, atau bercadang untuk bertindak, berkaitan dengan suatu penyiasatan yang sedang, atau akan, dijalankan di bawah atau bagi maksud Akta ini dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin akan menjejaskan penyiasatan itu atau penyiasatan yang dicadangkan itu; atau

(b)

mengetahui atau mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa suatu penzahiran telah dibuat kepada seorang

Penolong Pengawal di bawah Akta ini dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin akan menjejaskan apa-apa penyiasatan yang mungkin dijalankan berikutan dengan penzahiran itu, melakukan suatu kesalahan.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) menjadikannya suatu kesalahan jika seseorang peguam bela dan peguam cara atau pekerjanya menzahirkan apa-apa maklumat atau perkara lain—

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 730

(a)

kepada pelanggannya atau wakil pelanggannya berkaitan dengan pemberian nasihat kepada pelanggan itu dalam perjalanan dan bagi maksud khidmat profesional peguam bela dan peguam cara itu; atau

(b)

kepada mana-mana orang pada menjangkakan, atau berkaitan dengan dan bagi maksud, apa-apa prosiding undang-undang.

(3)

Subseksyen (2) tidaklah terpakai berhubung dengan apa-apa maklumat atau perkara lain yang dizahirkan dengan tujuan untuk melaksanakan apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang.

(4)

Dalam prosiding terhadap seseorang bagi suatu kesalahan di bawah seksyen ini, menjadi pembelaan jika orang itu membuktikan bahawa—

(a)

dia tidak mengetahui atau mengesyaki bahawa penzahiran yang dibuat di bawah perenggan (1)(b)

berkemungkinan menjejaskan penyiasatan itu; atau

(b)

dia mempunyai kuasa sah atau alasan yang munasabah untuk membuat penzahiran itu.

(5)

Seseorang Penolong Pengawal atau mana-mana orang lain tidak melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini berkenaan dengan apa-apa jua perkara yang telah dibuat olehnya dalam perjalanan tindakan yang berkaitan dengan penguatkuasaan, atau penguatkuasaan yang dicadangkan, bagi Akta ini.

Waran boleh diterima walaupun cacat