Malaysia legislation

Section 58

of *AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011

Seksyen 58

Eksperimen penyelidikan pasaran

(a)

apa-apa barang;

(b)

apa-apa benda yang dalamnya, atasnya atau dengannya barang-barang itu dibekalkan;

(c)

rupa atau apa-apa ciri lain barang-barang itu atau sesuatu benda itu; atau

(d)

nama atau perihal yang atasnya barang-barang itu dibekalkan.

(2)

Seksyen ini terpakai bagi apa-apa eksperimen penyelidikan pasaran yang berkenaan dengannya syarat yang berikut dipenuhi:

(a)

bahawa mana-mana peserta yang kepadanya apa-apa barang dibekalkan dalam penjalanan eksperimen itu diberitahu, pada atau sebelum masa barang-barang itu dibekalkan kepadanya, bahawa barang-barang itu dibekalkan bagi sesuatu maksud sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1); dan

(b)

bahawa tiada balasan berupa wang atau nilai wang diberikan oleh seorang peserta bagi barang-barang itu atau apa-apa barang yang dibekalkan kepadanya untuk perbandingan.

Perihal Dagangan 53

(3)

Seksyen 5 dan 28 tidak terpakai berhubung dengan barang-barang yang dibekalkan atau ditawarkan untuk dibekalkan, sama ada kepada seorang peserta atau mana-mana orang lain, dalam penjalanan eksperimen penyelidikan pasaran yang seksyen ini terpakai baginya.

Penalti am

Section 58 — AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011 | mylaw.my