Malaysia legislation
Section 63
Seksyen 63
Pengkompaunan kesalahan
(2)
Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau dalam apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh
Pengawal, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada habis tempoh masa yang ditetapkan dalam tawaran terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
(3)
Apabila diterima bayaran di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh diambil terhadap orang itu berkenaan dengan kesalahan itu.
Perihal Dagangan 55
(4)
Pengawal boleh melucuthakkan atau memulangkan barang-barang yang disita semasa kes itu apabila diterima bayaran di bawah subseksyen (1).
(5)
Semua wang yang diterima di bawah subseksyen (1)
hendaklah dibayar ke dalam
Kumpulan
Wang
Disatukan
Persekutuan.
Prinsipal bertanggungjawab bagi perbuatan pekhidmat atau ejen