Malaysia legislation
Section 64
Seksyen 64
Jika pekhidmat atau ejen seseorang melakukan suatu kesalahan atau membuat apa-apa atau meninggalkan daripada melakukan apa-apa perbuatan (yang jika dibuat atau ditinggalkan oleh orang itu akan menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini), orang itu hendaklah, walaupun orang itu tiada pengetahuan mengenai kesalahan itu, disifatkan melakukan kesalahan itu dan boleh dihukum bagi kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa—
(a)
perbuatan atau peninggalan yang diadukan itu bukan dalam skop biasa pekerjaan pekhidmat atau agensi ejen itu; atau
(b)
perbuatan atau peninggalan yang diadukan itu telah dilakukan atau ditinggalkan tanpa dipersetujui atau dibiarkan olehnya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha wajar untuk mengelakkan pembuatan atau peninggalan itu sebagaimana yang sepatutnya dilakukannya dengan mengambil kira segala hal keadaan kes itu.
Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan