Malaysia legislation
Section 69
Seksyen 69
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
(a)
memberikan pengertian bagi apa-apa ungkapan atau petunjuk yang digunakan dalam penjalanan perdagangan atau perniagaan;
(b)
melarang, menyekat atau selainnya mengawal selia atau mengawal penggunaan apa-apa pernyataan, ungkapan atau petunjuk yang digunakan dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan;
(c)
menetapkan fi yang akan dikenakan berkenaan dengan penggunaan apa-apa ungkapan atau petunjuk yang digunakan dalam penjalanan perdagangan atau perniagaan;
(d)
mengadakan peruntukan bagi penyenggaraan daftar atau rekod yang digunakan dalam penjalanan perdagangan atau perniagaan dan menetapkan butir-butir yang hendaklah direkodkan dalam daftar atau rekod itu;
(e)
menetapkan borang yang akan digunakan bagi maksud mengawal selia apa-apa perkara yang ditetapkan di bawah Akta ini;
(f)
menetapkan standard ketulenan artikel yang dibuat daripada logam berharga dan mengawal selia atau mengawal penggunaan apa-apa ungkapan atau petunjuk yang digunakan dalam penjalanan perdagangan atau perniagaan berhubung dengan standard ketulenan itu; dan
Perihal Dagangan 59
(g)
menetapkan suatu penalti denda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun bagi pelanggaran atau ketidakpatuhan mana-mana peruntukan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Pemansuhan