Malaysia legislation

Section 6

of *AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011

Seksyen 6

(a)

jenis atau nama;

(b)

kuantiti, panjang, lebar, tinggi, luas, isi padu, muatan, berat, saiz atau ukuran;

(c)

kaedah pembuatan, pengeluaran, pemprosesan atau pemulihan keadaan;

(d)

kandungan;

(e)

kelayakan bagi maksud, kekuatan, prestasi, gerak-geri atau ketepatan;

(f)

standard ketulenan barang yang dibuat daripada logam berharga;

(g)

apa-apa ciri fizikal atau teknologi yang tidak termasuk dalam perenggan yang terdahulu;

(h)

tarikh habis tempoh barang-barang;

(i)

pengujian oleh mana-mana orang dan keputusannya;

(j)

kualiti selain yang ditetapkan dalam perenggan yang terdahulu;

(k)

kelulusan oleh mana-mana orang atau keakuran dengan jenis yang diluluskan oleh mana-mana orang;

(l)

tempat atau tarikh pembuatan, pengeluaran, pemprosesan atau pemulihan keadaan;

Perihal Dagangan 15

(m)

orang yang membuat, mengeluarkan, memproses atau memulihkan keadaan barang-barang;

(n)

sejarah lain, termasuk pemunyaan atau penggunaan sebelumnya.

(2)

Perkara yang dinyatakan dalam subseksyen (1) hendaklah dikira—

(a)

berhubung dengan apa-apa haiwan, sebagai termasuk jantina, baka atau kacukan, kesuburan dan kesempurnaan;

(b)

berhubung dengan apa-apa mani, sebagai termasuk pengenalan dan ciri-ciri haiwan yang daripadanya mani itu telah diambil dan sukatan kecairan.

(3)

Jika penggunaan apa-apa perihal dilarang di bawah peruntukan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual kecuali jika digunakan bagi barang-barang yang mematuhi kehendak undang-undang itu, tiada perihal yang digunakan mengikut kehendak undang-undang itu akan menjadi suatu perihal dagangan palsu.

(4)

Menteri boleh meminda Jadual yang disebut dalam subseksyen (3) melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

(5)

Bagi maksud Akta ini, suatu perihal dagangan atau pernyataan yang diterbitkan dalam mana-mana akhbar, buku atau majalah berkala atau dalam mana-mana filem atau siaran bunyian atau televisyen atau apa-apa medium lain, termasuk melalui cara elektronik, tidak boleh disifatkan sebagai suatu perihal dagangan atau pernyataan melainkan jika ia adalah atau menjadi sebahagian daripada sesuatu iklan.

Perihal dagangan palsu

Section 6 — AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011 | mylaw.my