Malaysia legislation

Section 71

of *AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011

Seksyen 71

Kecualian dan peralihan

(a)

semua orang, benda dan hal keadaan yang dilantik atau diwujudkan oleh atau di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 (“Akta yang dimansuhkan”) atau yang wujud atau yang berterusan di bawah Akta yang dimansuhkan sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, di bawah dan tertakluk pada Akta ini, terus mempunyai kedudukan, kuat kuasa dan kesan yang sama sebagaimana yang akan dipunyai masing-masing seolah-olah Akta yang dimansuhkan itu tidak dimansuhkan;

(b)

khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan perenggan

(a)

, pemansuhan itu tidak menjejaskan pelantikan, perintah, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah atau menurut kuasa

Akta yang dimansuhkan dan berkuat kuasa sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan pelantikan, perintah, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan itu hendaklah berkuat kuasa dan hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah tiap-tiap pelantikan, perintah, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan itu telah dikeluarkan atau dibuat di bawah atau menurut kuasa Akta ini sehingga digantikan atau dibatalkan oleh apa-apa pelantikan,

60 Undang-Undang Malaysia AKTA 730

perintah, kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah atau menurut kuasa

Akta ini;

(c)

tiada apa jua pun boleh menjejaskan liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan pendakwaan kesalahan itu hendaklah dibuat mengikut Akta yang dimansuhkan;

(d)

apa-apa prosiding undang-undang, pendakwaan jenayah, penyiasatan atau prosiding tatatertib yang belum selesai di bawah Akta yang dimansuhkan hendaklah diteruskan di bawah Akta dimansuhkan; dan

(e)

apa-apa sebutan mengenai Akta yang dimansuhkan dalam mana-mana undang-undang bertulis hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Akta ini dan apa-apa sebutan mengenai mana-mana peruntukan tertentu

Akta yang dimansuhkan dalam mana-mana undang-undang bertulis hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai peruntukan Akta ini yang hampir-hampir bersamaan dengan peruntukan tertentu itu.

Section 71 — AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011 | mylaw.my