Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(2)
Suatu perihal dagangan, walaupun tidak palsu, adalah mengelirukan, iaitu yang mungkin dikira sebagai suatu petunjuk bagi mana-mana perkara yang dinyatakan dalam seksyen 6 yang adalah palsu ke takat darjah yang material, hendaklah disifatkan sebagai suatu perihal dagangan palsu.
(3)
Apa-apa jua, walaupun bukan suatu perihal dagangan, iaitu yang mungkin dikira sebagai suatu petunjuk bagi mana-mana perkara yang dinyatakan dalam seksyen 6 yang adalah palsu ke takat darjah yang material, hendaklah disifatkan sebagai suatu perihal dagangan palsu.
(4)
Suatu petunjuk palsu, atau apa-apa jua yang mungkin dikira sebagai suatu petunjuk yang adalah palsu, bahawa apa-apa barang mematuhi standard yang ditentukan atau diiktiraf oleh mana-mana orang atau disiratkan dengan kelulusan mana-mana orang disifatkan sebagai suatu perihal dagangan palsu, jika tidak ada orang sedemikian atau tidak ada standard yang ditentukan, diiktiraf atau difahamkan sedemikian.