Malaysia legislation

Section 19

of *AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012

Seksyen 19

Anggapan berkenaan dengan penganjur

(a)

suatu perhimpunan diadakan di tempat perhimpunan yang ditetapkan;

(b)

suatu perhimpunan dinyatakan dalam Jadual Ketiga;

(c)

suatu pemberitahuan yang dikehendaki di bawah subseksyen 9(1) tidak diberikan; atau

(d)

suatu pemberitahuan yang dikehendaki di bawah subseksyen 9(1) telah diberikan tetapi identiti penganjur yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu adalah palsu, mana-mana orang yang memulakan, mengetuai, menggalakkan, menaja, mengadakan atau menyelia perhimpunan itu, atau menjemput atau merekrut peserta atau penceramah bagi perhimpunan itu, hendaklah dianggap sebagai penganjur perhimpunan itu.