/akn/my/act/act/2012/736

*AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2012
Last amended
2019
Sections
25
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012 is Malaysia Act, cited as Act 736 2012, currently marked in force and first recorded in 2012.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta yang berhubungan dengan hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata, dan untuk memperuntukkan sekatan yang didapati perlu atau suai manfaat yang berhubungan dengan hak itu demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam, termasuk perlindungan hak dan kebebasan orang lain, dan untuk memperuntukkan perkara yang berkaitan. [23 April 2012] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Suggest a correction

Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan ketidakpakaian

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Suggest a correction

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh

Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Suggest a correction

(3)

Akta ini tidak terpakai bagi—

(a)

suatu perhimpunan yang merupakan suatu kempen pilihan raya di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5];

dan

Suggest a correction

(b)

suatu perhimpunan yang merupakan mogok, sekat masuk atau piket di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967

[Akta 177] dan Akta Kesatuan Sekerja 1959 [Akta 262].

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 736

Matlamat

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 2

Matlamat Akta ini adalah untuk memastikan—

Open as pageSuggest a correction

(a)

selagi wajar untuk berbuat demikian, bahawa semua warganegara mempunyai hak untuk menganjurkan perhimpunan atau untuk menyertai perhimpunan, secara aman dan tanpa senjata; dan

Suggest a correction

(b)

bahawa penggunaan hak untuk menganjurkan perhimpunan atau untuk menyertai perhimpunan, secara aman dan tanpa senjata, adalah tertakluk hanya kepada sekatan yang didapati perlu atau suai manfaat dalam suatu masyarakat demokrasi demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam, termasuk perlindungan hak dan kebebasan orang lain.

Tafsiran

Suggest a correction

Seksyen 3

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“hak dan kebebasan orang lain” termasuklah—

(a)

hak untuk menikmati secara aman harta bendanya;

Suggest a correction

(c)

hak untuk menikmati persekitaran semula jadi; dan

Suggest a correction

(d)

hak untuk menjalankan perniagaan;

“jalan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta

Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333];

“kanak-kanak” ertinya seseorang di bawah umur lima belas tahun;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri;

Perhimpunan Aman 9

“orang yang mempunyai kepentingan” ertinya seseorang yang tinggal, bekerja atau menjalankan perniagaan atau memiliki atau mempunyai harta kediaman atau komersial di sekitar atau di tempat perhimpunan;

“penganjur” ertinya seseorang yang bertanggungjawab bagi penganjuran suatu perhimpunan, termasuk mengaturkan, mengadakan, mengumpulkan atau membentuk perhimpunan, atau yang bertanggungjawab bagi pengendalian perhimpunan;

“perhimpunan” ertinya suatu perhimpunan sesuatu bilangan orang yang disengajakan dan sementara di sesuatu tempat awam, sama ada atau tidak perhimpunan itu diadakan di suatu tempat tertentu atau bergerak;

“perhimpunan balas” ertinya suatu perhimpunan yang dianjurkan untuk menyampaikan pertentangan terhadap maksud yang baginya suatu perhimpunan lain dianjurkan, dan diadakan pada masa, tarikh dan di tempat yang sama atau lebih kurang sama dengan perhimpunan yang lain itu;

“perhimpunan serentak” ertinya dua perhimpunan atau lebih yang diadakan pada masa, tarikh dan di tempat yang sama, tetapi tidak mempunyai hubungan antara satu sama lain;

“peserta” ertinya seseorang yang dengan sengaja atau rela hadir bagi maksud suatu perhimpunan;

“senjata” ertinya apa-apa senjata api, amunisi, bahan letupan, bahan kikis, bahan yang merosakkan atau memudaratkan, kayu, batu, atau apa-apa senjata atau objek yang, oleh sebab sifatnya, boleh digunakan untuk menimbulkan ketakutan atau menyebabkan kecederaan kepada orang, atau kerosakan kepada harta;

“tempat awam” ertinya—

Suggest a correction

(b)

tempat yang terbuka kepada atau yang digunakan oleh orang awam sebagai suatu hak; atau

Suggest a correction

(c)

tempat yang sedang terbuka kepada atau yang digunakan oleh orang awam, sama ada atau tidak—

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 736

Suggest a correction

(i)

tempat itu pada kebiasaannya terbuka kepada atau digunakan oleh orang awam;

(ii)

dengan persetujuan nyata atau tersirat pemunya atau penghuni; atau

Suggest a correction

(iii)

dengan bayaran wang;

“tempat larangan” ertinya—

Suggest a correction
Suggest a correction

(a)

kawasan larangan dan tempat larangan yang diisytiharkan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959

[Akta 298]; dan

Suggest a correction

(b)

tempat-tempat yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;

“tempat perhimpunan” ertinya tempat di mana perhimpunan diadakan dan berhubung dengan perarakan, termasuklah suatu tempat di mana atau yang melaluinya perhimpunan itu dicadangkan akan berhenti atau lalu;

“tempat perhimpunan yang ditetapkan” ertinya suatu tempat yang ditetapkan oleh Menteri di bawah seksyen 25.

Suggest a correction

Bahagian II

BAHAGIAN II

HAK UNTUK BERHIMPUN SECARA AMAN DAN TANPA SENJATA

Suggest a correction

Hak untuk menganjurkan perhimpunan atau menyertai perhimpunan

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(1)

Hak untuk menganjurkan suatu perhimpunan atau menyertai suatu perhimpunan secara aman dan tanpa senjata di bawah Akta ini tidak meluas kepada yang berikut:

(b)

perhimpunan yang diadakan di mana-mana tempat larangan dan dalam jarak lima puluh meter dari had tempat larangan;

Suggest a correction

(d)

berhubung dengan penganjuran suatu perhimpunan, seseorang yang di bawah umur dua puluh satu tahun; dan

Suggest a correction

(e)

berhubung dengan penyertaan dalam suatu perhimpunan selain perhimpunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, seseorang kanak-kanak.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Seseorang melakukan suatu kesalahan jika—

(a)

sebagai seorang bukan warganegara, dia menganjurkan atau menyertai suatu perhimpunan;

Suggest a correction

(b)

dia menganjurkan atau menyertai suatu perhimpunan yang diadakan di mana-mana tempat larangan dan dalam jarak lima puluh meter dari had tempat larangan;

Suggest a correction

(d)

sebagai seorang yang di bawah umur dua puluh satu tahun, dia menganjurkan suatu perhimpunan;

Suggest a correction

(e)

sebagai seorang kanak-kanak, dia menyertai suatu perhimpunan selain suatu perhimpunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua; atau

Suggest a correction

(f)

dia merekrut atau membawa kanak-kanak ke suatu perhimpunan atau membenarkan kanak-kanak untuk menghadiri suatu perhimpunan selain suatu perhimpunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah perenggan (2)(a), (b), (d) atau (e) boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

Suggest a correction

(4)

Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah perenggan (2)(f) boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit.

Hak orang yang mempunyai kepentingan

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

Seseorang yang mempunyai kepentingan hendaklah mempunyai hak untuk dimaklumkan mengenai butir-butir suatu perhimpunan

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 736

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. mengikut cara yang dinyatakan dalam seksyen 12 untuk membolehkannya membangkitkan kebimbangan atau bantahannya terhadap perhimpunan itu.

Bahagian III

BAHAGIAN III

TANGGUNGJAWAB PENGANJUR, PESERTA DAN POLIS

Suggest a correction

Tanggungjawab penganjur

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), penganjur hendaklah—

(a)

memastikan bahawa penganjuran dan pengendalian perhimpunan tidak melanggar Akta ini atau apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain;

Suggest a correction

(b)

memastikan bahawa dia atau mana-mana orang lain yang berada di perhimpunan itu tidak melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan yang berkecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan di kalangan orang awam amnya atau membuat apa-apa yang akan mengganggu ketenangan orang awam;

Suggest a correction

(c)

memastikan bahawa dia atau mana-mana orang lain yang berada di perhimpunan itu tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;

Suggest a correction

(d)

memastikan bahawa penganjuran dan pengendalian suatu perhimpunan adalah mengikut pemberitahuan perhimpunan yang diberikan di bawah subseksyen 9(1) dan apa-apa sekatan dan syarat yang boleh dikenakan di bawah seksyen 15;

Suggest a correction

(e)

melantik apa-apa bilangan orang yang difikirkannya perlu untuk bertanggungjawab bagi mengendalikan perhimpunan dengan teratur;

Perhimpunan Aman 13

Suggest a correction

(g)

memastikan bahawa perhimpunan itu tidak akan membahayakan kesihatan atau menyebabkan kerosakan kepada harta atau alam sekitar;

Suggest a correction

(h)

memastikan bahawa perhimpunan itu tidak akan menyebabkan apa-apa kesusahan yang signifikan kepada orang awam amnya;

Suggest a correction

(i)

memastikan pembersihan tempat perhimpunan atau menanggung kos pembersihan tempat perhimpunan; dan

Suggest a correction

(j)

dalam hal perhimpunan serentak atau perhimpunan balas, memastikan bahawa penganjuran perhimpunan itu tidak diniatkan untuk menghalang secara spesifik perhimpunan yang satu lagi daripada diadakan atau mengganggu penganjuran perhimpunan itu.

Tanggungjawab peserta

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 7

Seseorang peserta hendaklah—

Open as pageSuggest a correction

(i)

menggendalakan atau menghalang mana-mana perhimpunan;

(ii)

berkelakuan secara menyakitkan hati atau menggunakan kata kesat terhadap mana-mana orang;

Suggest a correction

(iii)

melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan yang berkecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan di kalangan orang awam amnya atau membuat apa-apa yang akan mengganggu ketenangan orang awam;

Suggest a correction

(iv)

melakukan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis di mana-mana perhimpunan;

dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(v)

menyebabkan kerosakan kepada harta; dan 14 Undang-Undang Malaysia AKTA 736

Suggest a correction

(b)

mematuhi arahan yang diberikan oleh polis, penganjur atau mana-mana orang yang dilantik oleh penganjur untuk bertanggungjawab bagi mengendalikan perhimpunan dengan teratur.

Tanggungjawab polis

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

Seseorang pegawai polis boleh mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang difikirkannya perlu untuk memastikan perhimpunan dikendalikan dengan teratur mengikut Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

KEHENDAK DALAM MENGANJURKAN PERHIMPUNAN

Suggest a correction

Pemberitahuan perhimpunan

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Subseksyen (1) tidak terpakai bagi—

(a)

suatu perhimpunan yang diadakan di suatu tempat perhimpunan yang ditetapkan; dan

Suggest a correction

(b)

mana-mana perhimpunan lain yang dinyatakan dalam Jadual

Ketiga.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Jika perhimpunan itu ialah suatu perhimpunan keagamaan atau perarakan pengebumian, penganjur boleh memaklumkan

Pegawai yang Menjaga Daerah Polis di mana perhimpunan atau perarakan itu hendak diadakan; dan boleh, jika bantuan diperlukan untuk menyenggarakan kawalan trafik atau orang ramai, meminta bantuan sedemikian.

Suggest a correction

(4)

Pemberitahuan di bawah subseksyen (1) hendaklah diberikan kepada Pegawai yang Menjaga Daerah Polis di mana perhimpunan itu hendak diadakan secara pos berdaftar Akuan Terima atau kiriman cepat atau dengan serahan tangan.

Perhimpunan Aman 15

Suggest a correction

(5)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

Kehendak berhubung dengan pemberitahuan perhimpunan

Suggest a correction

Seksyen 10

Pemberitahuan yang dibuat di bawah subseksyen 9(1)

Open as pageSuggest a correction

hendaklah—

(c)

disertai dengan suatu salinan persetujuan pemunya atau penghuni tempat perhimpunan, jika berkenaan;

Suggest a correction

(d)

disertai dengan apa-apa dokumen tambahan sebagaimana yang dinyatakan oleh Pegawai yang Menjaga Daerah Polis, jika ada; dan

Suggest a correction

(A)

laluan yang dicadangkan bagi perarakan itu;

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 736

Suggest a correction

(B)

mana-mana tempat di mana perarakan itu dicadangkan akan berhenti; dan

Suggest a correction

(C)

jangka masa yang dicadangkan bagi perarakan itu akan berada di setiap tempat itu;

Suggest a correction

(x)

orang yang dilantik oleh penganjur untuk bertanggungjawab bagi mengendalikan perhimpunan dengan teratur; dan

(xi)

perihal kelengkapan atau peranti amplifier bunyi yang dicadangkan untuk digunakan semasa perhimpunan, jika ada.

Persetujuan pemunya atau penghuni tempat perhimpunan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

Penganjur suatu perhimpunan, selain suatu perhimpunan keagamaan atau perarakan pengebumian atau suatu perhimpunan yang diadakan di tempat perhimpunan yang ditetapkan, hendaklah memperoleh persetujuan pemunya atau penghuni tempat perhimpunan untuk menggunakan tempat perhimpunan itu bagi maksud perhimpunan.

Seksyen 12

Kehendak untuk memaklumkan orang yang mempunyai kepentingan

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan menampal suatu notis yang mudah dilihat di pelbagai lokasi di tempat perhimpunan itu; atau

Suggest a correction

(b)

dengan apa-apa cara yang munasabah yang sesuai atau perlu supaya maklumat itu boleh diketahui oleh orang itu.

Perhimpunan Aman 17

Suggest a correction

(2)

Orang yang mempunyai kepentingan boleh, secara bertulis, memaklumkan kebimbangan atau bantahannya terhadap perhimpunan itu berserta dengan sebabnya kepada Pegawai yang Menjaga Daerah

Polis dalam tempoh dua puluh empat jam setelah dimaklumkan tentang perhimpunan di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(3)

Pegawai yang Menjaga Daerah Polis hendaklah mengambil kira kebimbangan atau bantahan yang diterima bagi maksud mengenakan sekatan dan syarat di bawah seksyen 15.

Perjumpaan dengan penganjur

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

Pegawai yang Menjaga Daerah Polis boleh pada bila-bila masa selepas menerima pemberitahuan di bawah subseksyen 9(1), jika hal keadaan mewajarkannya, memanggil penganjur untuk berjumpa bagi menasihati penganjur itu tentang perhimpunan itu.

Seksyen 14

Respons terhadap pemberitahuan perhimpunan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika Pegawai yang Menjaga Daerah Polis tidak memberikan respons terhadap pemberitahuan itu mengikut subseksyen (1), perhimpunan itu hendaklah diteruskan sebagaimana yang dicadangkan dalam pemberitahuan itu.

Sekatan dan syarat

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sekatan dan syarat yang dikenakan di bawah seksyen ini boleh berhubung dengan—

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 736

(e)

pembayaran kos pembersihan akibat daripada mengadakan perhimpunan;

Suggest a correction

(f)

apa-apa faktor alam sekitar, sensitiviti budaya atau agama dan kepentingan sejarah yang ada pada tempat perhimpunan;

Suggest a correction

(g)

kebimbangan dan bantahan orang yang mempunyai kepentingan; atau

Suggest a correction

(h)

apa-apa perkara lain yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Pegawai yang Menjaga Daerah Polis berhubung dengan perhimpunan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi mana-mana sekatan dan syarat di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

Rayuan terhadap sekatan dan syarat

Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika, pada pendapat Pegawai yang Menjaga Daerah Polis, perhimpunan yang disebut dalam subseksyen (1) tidak boleh diadakan serentak—

(a)

Pegawai yang

Menjaga

Daerah

Polis hendaklah memberikan keutamaan kepada penganjur yang terlebih dahulu mengemukakan pemberitahuan untuk mengadakan perhimpunan di tempat perhimpunan yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu, melainkan jika tempat perhimpunan itu mengikut tradisi atau kontrak digunakan bagi perhimpunan yang satu lagi; atau

Suggest a correction

(b)

dalam hal pemberitahuan perhimpunan yang diterima pada masa yang sama, Pegawai yang Menjaga Daerah Polis hendaklah memberikan keutamaan kepada penganjur yang namanya dicabut dalam suatu cabutan yang diadakan oleh

Pegawai yang Menjaga Daerah Polis untuk mengadakan perhimpunan di tempat perhimpunan yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu.

Perhimpunan balas

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

Jika Pegawai yang Menjaga Daerah Polis menerima suatu pemberitahuan bagi perhimpunan balas dan ternyata bahawa penganjuran perhimpunan balas itu akan menyebabkan pertelingkahan antara peserta-peserta perhimpunan, Pegawai yang

Menjaga Daerah Polis hendaklah memberikan alternatif untuk perhimpunan balas itu dianjurkan pada masa, tarikh atau di tempat yang lain.

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 736

Seksyen 19

Anggapan berkenaan dengan penganjur

Open as pageSuggest a correction

(a)

suatu perhimpunan diadakan di tempat perhimpunan yang ditetapkan;

Suggest a correction

(b)

suatu perhimpunan dinyatakan dalam Jadual Ketiga;

Suggest a correction

(c)

suatu pemberitahuan yang dikehendaki di bawah subseksyen 9(1) tidak diberikan; atau

Suggest a correction

(d)

suatu pemberitahuan yang dikehendaki di bawah subseksyen 9(1) telah diberikan tetapi identiti penganjur yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu adalah palsu, mana-mana orang yang memulakan, mengetuai, menggalakkan, menaja, mengadakan atau menyelia perhimpunan itu, atau menjemput atau merekrut peserta atau penceramah bagi perhimpunan itu, hendaklah dianggap sebagai penganjur perhimpunan itu.

Suggest a correction

Bahagian V

BAHAGIAN V

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

(a)

yang, semasa perhimpunan, enggan atau tidak mematuhi mana-mana sekatan atau syarat di bawah seksyen 15;

Suggest a correction

(b)

yang, semasa perhimpunan, ada dalam milikannya apa-apa senjata; atau

Suggest a correction

(c)

yang merekrut atau membawa kanak-kanak ke suatu perhimpunan selain perhimpunan yang dinyatakan dalam

Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

Jadual Kedua.

(2)

Pegawai polis itu hendaklah, sebelum menjalankan kuasa menangkap di bawah seksyen ini, mengambil langkah-langkah yang

Perhimpunan Aman 21

perlu untuk memastikan pematuhan secara sukarela oleh penganjur atau peserta.

Kuasa untuk menyuraikan perhimpunan

21. (1) Seseorang pegawai polis boleh mengeluarkan arahan untuk bersurai dalam hal keadaan yang berikut:

(a)

perhimpunan itu diadakan di suatu tempat larangan atau dalam jarak lima puluh meter dari had suatu tempat larangan;

(b)

(Dipotong oleh Akta A1600);

(c)

mana-mana orang di perhimpunan itu telah melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan yang berkecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan di kalangan orang awam amnya atau membuat apa-apa yang akan mengganggu ketenangan orang awam;

(d)

mana-mana orang di perhimpunan itu melakukan mana-mana kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;

(e)

peserta perhimpunan telah tidak mematuhi atau tidak mematuhi sekatan dan syarat yang dikenakan di bawah seksyen 15; atau

(f)

peserta perhimpunan terlibat dalam, atau akan terlibat dalam, perbuatan yang menyalahi undang-undang atau tidak senonoh atau keganasan terhadap orang atau harta.

(2)

Pegawai polis itu, pada menjalankan kuasa untuk menyuraikan perhimpunan di bawah seksyen ini, boleh menggunakan segala kekerasan yang munasabah.

(3)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit.

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 736

Kuasa untuk mengkompaun kesalahan

21A.

(1)

Pegawai yang Menjaga Daerah Polis boleh, dengan keizinan secara bertulis oleh Pendakwa Raya, mengkompaun mana-mana kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 9 atau 15 dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Pegawai yang Menjaga Daerah

Polis apa-apa amaun wang yang tidak melebihi lima ribu ringgit dalam apa-apa masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.

(2)

Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya telah dimulakan.

(3)

Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Pegawai yang Menjaga

Daerah Polis, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(4)

Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen

(1)

, tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan apa-apa dokumen atau benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Pegawai yang Menjaga

Daerah Polis, tertakluk kepada apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pegawai yang Menjaga Daerah Polis.

BAHAGIAN VI

PELBAGAI

Penyenggaraan daftar

22. (1) Pegawai yang

Menjaga

Daerah

Polis hendaklah menyenggara suatu daftar yang mengandungi rekod pemberitahuan yang diterima di bawah subseksyen 9(1), mengikut susunan kronologi.

Perhimpunan Aman 23

(2)

Daftar yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dalam bentuk yang ditetapkan oleh Menteri.

Rakaman

23. Seseorang pegawai polis boleh membuat apa-apa bentuk rakaman perhimpunan.

Akses media

24. Mana-mana wakil media boleh mempunyai akses yang munasabah kepada tempat perhimpunan dan menggunakan apa-apa kelengkapan untuk membuat laporan tentang perhimpunan itu.

Tempat perhimpunan yang ditetapkan

25. (1) Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menetapkan mana-mana tempat sebagai suatu tempat perhimpunan yang ditetapkan.

(2)

Untuk mengelakkan keraguan, mana-mana orang yang menganjurkan atau menyertai perhimpunan yang diadakan di tempat perhimpunan yang ditetapkan hendaklah mempunyai tanggungjawab yang sama sebagaimana seorang penganjur dan peserta di bawah seksyen 6 dan 7.

Kuasa untuk meminda Jadual

26. Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual.

Peraturan-peraturan

27. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi penjalanan yang lebih baik peruntukan Akta ini.

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 736

Jadual

Suggest a correction

JADUAL PERTAMA

[Seksyen 3]

TEMPAT LARANGAN

Empangan, takungan dan kawasan tadahan air

Loji rawatan air

Stesen penjana elektrik

Stesen minyak

Hospital

Balai bomba

Lapangan terbang

Landasan keretapi

Terminal pengangkutan awam darat

Pelabuhan, terusan, limbungan, dermaga, jeti, jambatan dan marina

Tempat ibadat

Tadika dan sekolah

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KEDUA

[Perenggan 4(1)(e)]

PERHIMPUNAN YANG BOLEH DISERTAI OLEH KANAK-KANAK

Perhimpunan keagamaan

Perarakan pengebumian

Perhimpunan berhubung dengan adat

Perhimpunan yang diluluskan oleh Menteri

Perhimpunan Aman 25

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KETIGA

[Perenggan 9(2)(b)]

PERHIMPUNAN YANG BAGINYA PEMBERITAHUAN TIDAK DIKEHENDAKI

Perhimpunan keagamaan

Perarakan pengebumian

Majlis perkahwinan

Rumah terbuka semasa perayaan

Pertemuan keluarga

Hari keluarga yang diadakan oleh majikan bagi manfaat pekerjanya dan keluarga mereka

Mesyuarat tahunan pertubuhan atau persatuan

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KEEMPAT

[Seksyen 10]

BORANG

PEMBERITAHUAN DI BAWAH SUBSEKSYEN 9(1)

Kepada:

………………………………………….

(nama dan alamat Pegawai yang Menjaga Daerah Polis)

………………………………………….

………………………………………….

………………………………………….

1. Nama dan No. Kad Pengenalan penganjur*:…...................…..............................

………………………………………………………………...........……………….

2. Alamat penganjur*:…………….....................................…………...…...……….

……………………………………………………………………...........………….

3. Alamat surat-menyurat penganjur (jika berlainan daripada alamat di atas):

……………………………………………………………………...........…………

……………………………………………………………………...........…………

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 736

4. Butir-butir hubungan penganjur*:

No. Tel.: ………………………….………

No. Faks: ……………………………….…

E-mel: ………………………………….…

5. Nama dan alamat penceramah dalam perhimpunan, jika ada:

……………………………………………………………………...........………….

……………………………………………………………………...........………….

6. Maksud perhimpunan:………………………............................….....……..........

……………………………………………………………………...........…………

7. Tarikh perhimpunan:…………………………............................…..……………

8. Tempat perhimpunan:.………………………….........................….……………..

9. Masa perhimpunan akan bermula dan tamat:.........................................................

10. Jika perhimpunan ialah suatu perarakan—

(a)

laluan perarakan:…………………………...................................................

(b)

mana-mana tempat di mana perarakan akan berhenti:

……………………....................……….......................................………..

(c)

tempoh masa perarakan akan berada di tiap-tiap tempat:

……………………....................……….......................................………..

11. Bilangan peserta yang dijangkakan:

………………….…………….............................…………........……………..

12. Orang yang dilantik oleh penganjur untuk bertanggungjawab bagi mengendalikan perhimpunan dengan teratur:

………………….…………….............................…………........…………………..

………………….…………….............................…………........…………………..

13. Perihal kelengkapan atau peranti amplifier bunyi yang akan digunakan semasa perhimpunan, jika ada:

………………….…………….............................…………........……………………

Perhimpunan Aman 27

………………….…………….............................…………........……………………

14. Maklumat lain, jika perlu: ……….…................…….........................................

………………….…………….............................…………........…………………..

………………….…………….............................…………........…………………..

Saya mengesahkan bahawa segala maklumat yang diberikan dalam pemberitahuan ini adalah sah dan betul.

Tandatangan:

………………………………………..

Nama: ……………………………………………….....…..

Tarikh: …………………………………

Catatan:

*Jika terdapat lebih daripada seorang penganjur, sila nyatakan nama, nombor kad pengenalan dan butir-butir hubungan semua penganjur sebagai lampiran.

28

Akta 736

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Act A1600

Akta Perhimpunan Aman (Pindaan)

2019 01-11-2019

29

Akta 736

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

3

Akta A1600 01-11-2019 4

Akta A1600 01-11-2019 9

Akta A1600 01-11-2019 12

Akta A1600 01-11-2019 14

Akta A1600 01-11-2019 16

Akta A1600 01-11-2019 21

Akta A1600 01-11-2019 21A

Akta A1600 01-11-2019

Common questions

What is PEACEFUL ASSEMBLY ACT 2012?
*AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012 is Malaysia Act, cited as Act 736 2012, currently marked in force and first recorded in 2012.
Is PEACEFUL ASSEMBLY ACT 2012 still in force?
Yes — PEACEFUL ASSEMBLY ACT 2012 is currently in force.
When did PEACEFUL ASSEMBLY ACT 2012 take effect?
PEACEFUL ASSEMBLY ACT 2012 was first recorded in 2012.
How many sections does PEACEFUL ASSEMBLY ACT 2012 have?
PEACEFUL ASSEMBLY ACT 2012 contains 20 sections.
What amends PEACEFUL ASSEMBLY ACT 2012?
PEACEFUL ASSEMBLY ACT 2012 has been amended by AKTA PERHIMPUNAN AMAN (PINDAAN) 2019.
Where can I read the official version of PEACEFUL ASSEMBLY ACT 2012?
The official text of PEACEFUL ASSEMBLY ACT 2012 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012 (No. 736) | mylaw.my