Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012

Seksyen 3

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“hak dan kebebasan orang lain” termasuklah—

(a)

hak untuk menikmati secara aman harta bendanya;

(b)

hak kepada kebebasan bergerak;

(c)

hak untuk menikmati persekitaran semula jadi; dan

(d)

hak untuk menjalankan perniagaan;

“jalan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta

Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333];

“kanak-kanak” ertinya seseorang di bawah umur lima belas tahun;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri;

Perhimpunan Aman 9

“orang yang mempunyai kepentingan” ertinya seseorang yang tinggal, bekerja atau menjalankan perniagaan atau memiliki atau mempunyai harta kediaman atau komersial di sekitar atau di tempat perhimpunan;

“penganjur” ertinya seseorang yang bertanggungjawab bagi penganjuran suatu perhimpunan, termasuk mengaturkan, mengadakan, mengumpulkan atau membentuk perhimpunan, atau yang bertanggungjawab bagi pengendalian perhimpunan;

“perhimpunan” ertinya suatu perhimpunan sesuatu bilangan orang yang disengajakan dan sementara di sesuatu tempat awam, sama ada atau tidak perhimpunan itu diadakan di suatu tempat tertentu atau bergerak;

“perhimpunan balas” ertinya suatu perhimpunan yang dianjurkan untuk menyampaikan pertentangan terhadap maksud yang baginya suatu perhimpunan lain dianjurkan, dan diadakan pada masa, tarikh dan di tempat yang sama atau lebih kurang sama dengan perhimpunan yang lain itu;

“perhimpunan serentak” ertinya dua perhimpunan atau lebih yang diadakan pada masa, tarikh dan di tempat yang sama, tetapi tidak mempunyai hubungan antara satu sama lain;

“peserta” ertinya seseorang yang dengan sengaja atau rela hadir bagi maksud suatu perhimpunan;

“senjata” ertinya apa-apa senjata api, amunisi, bahan letupan, bahan kikis, bahan yang merosakkan atau memudaratkan, kayu, batu, atau apa-apa senjata atau objek yang, oleh sebab sifatnya, boleh digunakan untuk menimbulkan ketakutan atau menyebabkan kecederaan kepada orang, atau kerosakan kepada harta;

“tempat awam” ertinya—

(a)

jalan;

(b)

tempat yang terbuka kepada atau yang digunakan oleh orang awam sebagai suatu hak; atau

(c)

tempat yang sedang terbuka kepada atau yang digunakan oleh orang awam, sama ada atau tidak—

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 736

(i)

tempat itu pada kebiasaannya terbuka kepada atau digunakan oleh orang awam;

(ii)

dengan persetujuan nyata atau tersirat pemunya atau penghuni; atau

(iii)

dengan bayaran wang;

“tempat larangan” ertinya—

(a)

kawasan larangan dan tempat larangan yang diisytiharkan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959

[Akta 298]; dan

(b)

tempat-tempat yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;

“tempat perhimpunan” ertinya tempat di mana perhimpunan diadakan dan berhubung dengan perarakan, termasuklah suatu tempat di mana atau yang melaluinya perhimpunan itu dicadangkan akan berhenti atau lalu;

“tempat perhimpunan yang ditetapkan” ertinya suatu tempat yang ditetapkan oleh Menteri di bawah seksyen 25.