Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
(2)
Subseksyen (1) tidak terpakai bagi—
(a)
suatu perhimpunan yang diadakan di suatu tempat perhimpunan yang ditetapkan; dan
(b)
mana-mana perhimpunan lain yang dinyatakan dalam Jadual
Ketiga.
(3)
Jika perhimpunan itu ialah suatu perhimpunan keagamaan atau perarakan pengebumian, penganjur boleh memaklumkan
Pegawai yang Menjaga Daerah Polis di mana perhimpunan atau perarakan itu hendak diadakan; dan boleh, jika bantuan diperlukan untuk menyenggarakan kawalan trafik atau orang ramai, meminta bantuan sedemikian.
(4)
Pemberitahuan di bawah subseksyen (1) hendaklah diberikan kepada Pegawai yang Menjaga Daerah Polis di mana perhimpunan itu hendak diadakan secara pos berdaftar Akuan Terima atau kiriman cepat atau dengan serahan tangan.
Perhimpunan Aman 15
(5)
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Kehendak berhubung dengan pemberitahuan perhimpunan