Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“ditetapkan” ertinya—
(a)
ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan;
atau
(b)
ditetapkan oleh Perbadanan melalui kaedah-kaedah, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“Entiti Kerajaan” termasuklah—
(a)
Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau kerajaan tempatan yang berkaitan; dan
(b)
kementerian, jabatan, pejabat, agensi, perbadanan, suruhanjaya, jawatankuasa, lembaga, majlis atau badan lain, diperbadankan atau tidak diperbadankan, yang berkaitan bagi Kerajaan Persekutuan, atau mana-mana
Kerajaan Negeri atau kerajaan tempatan, sama ada ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis atau selainnya;
“jawatankuasa”
ertinya mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Perbadanan di bawah seksyen 14;
“Jawatankuasa
Kelulusan dan
Pelaksanaan”
ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 37;
Perumahan Rakyat 1Malaysia 11
“kediaman perumahan” termasuklah mana-mana bangunan, tenemen atau mesuaj yang keseluruhannya atau sebahagian utamanya dibina, disesuaikan atau diniatkan bagi kediaman manusia atau sebahagiannya bagi kediaman manusia dan sebahagiannya bagi premis perniagaan dan apa-apa jenis tempat tinggal lain yang ditetapkan oleh Menteri yang bertanggungjawab bagi perumahan dan kerajaan tempatan, dari semasa ke semasa sebagai rumah tempat tinggal menurut seksyen 3A Akta Pemajuan
Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118];
“kediaman Perumahan Rakyat 1Malaysia” atau “kediaman
PR1MA” ertinya kediaman perumahan yang dibina mengikut kualiti, kehendak, spesifikasi dan standard yang ditetapkan di bawah Akta ini;
“Kelulusan” ertinya lesen, permit, pendaftaran dan kelulusan lain termasuklah yang berkaitan dengan tanah, cukai, duti kastam dan eksais dan insentif fiskal lain, yang dikehendaki bagi atau berkaitan dengan pelaburan dalam pembangunan PR1MA dan kompleks PR1MA;
“kemudahan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172];
“kerja pembinaan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 [Akta 520];
“keselesaan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976;
“Ketua Menteri” ertinya—
(a)
Ketua Menteri Pulau Pinang;
(b)
Ketua Menteri Melaka;
(c)
Ketua Menteri Sabah; atau
(d)
Ketua Menteri Sarawak,
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 739