Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(2)
Sehingga suatu meterai diadakan oleh Perbadanan, suatu cap yang mengandungi perkataan “Perbadanan PR1MA Malaysia”
bolehlah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Perbadanan.
(3)
Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan
Pengerusi Perbadanan atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Perbadanan, dan hendaklah ditentusahkan sama ada oleh Pengerusi Perbadanan atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Pengerusi Perbadanan secara bertulis.
(4)
Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai itu dan ditentusahkan
Perumahan Rakyat 1Malaysia 15
dengan sewajarnya hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.
(5)
Apa-apa surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh seorang anggota
Perbadanan atau seorang pekerja Perbadanan yang diberi kuasa bagi maksud itu.
(6)
Meterai perbadanan bagi Perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Keanggotaan Perbadanan