Malaysia legislation

Section 18

of *AKTA VETERAN 2012

Seksyen 18

Pembatalan atau penggantungan pendaftaran oleh Pendaftar

(a)

telah didaftarkan akibat daripada suatu fraud, kesilapan atau salah nyataan;

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 740

(b)

tidak mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan oleh

Pendaftar di bawah seksyen 15;

(c)

telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini;

(d)

tidak aktif atau bukan lagi suatu entiti yang sesuai dan layak untuk didaftarkan bagi mewakili veteran di Malaysia atau di tempat lain;

(e)

menghalang pemajuan veteran dan pembatalan atau penggantungan pendaftarannya adalah demi kepentingan awam;

(f)

tidak atau abai untuk meremedikan apa-apa amalan salah, salah laku atau ketidakteraturan di pihak pemegang jawatan atau ahlinya dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis yang diberikan oleh Pendaftar; atau

(g)

tidak aktif, tidak bekerjasama atau menjadi penghalang dalam pelaksanaan peraturan-peraturan, dasar atau garis panduan yang dibuat di bawah Akta ini.

(2)

Sebelum membatalkan atau menggantung pendaftaran suatu persatuan veteran di bawah subseksyen (1), Pendaftar hendaklah memberi peluang kepada persatuan itu untuk mengemukakan alasan, jika ada, menentang pembatalan atau penggantungan yang dicadangkan itu.

Rayuan