PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/2012/740
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA VETERAN 2012 is Malaysia Act, cited as Act 740 2012, currently marked in force and first recorded in 2012.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“aktiviti veteran” termasuklah aktiviti yang berikut:
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 740
menganjurkan apa-apa program kebajikan dan sosioekonomi bagi veteran dan tanggungannya;
menganjurkan apa-apa kempen berhubung dengan kepentingan veteran dan tanggungannya;
mendapatkan dana, derma atau sumbangan kewangan bagi kebajikan veteran atau ahli mana-mana persatuan veteran;
menganjurkan atau menggalakkan apa-apa program kesedaran bagi kepentingan dan faedah veteran; dan
menyertai persidangan, mesyuarat, perjumpaan atau program berhubung dengan veteran yang diadakan di
Malaysia atau di tempat lain;
“Jabatan” ertinya Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera
Malaysia;
“Majlis” ertinya Majlis Veteran Kebangsaan;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertahanan;
“Pendaftar” ertinya Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 7;
“persatuan” ertinya mana-mana organisasi, pertubuhan, persatuan, kelab atau badan yang keahliannya terdiri daripada sekurang-kurangnya lima puluh peratus dari kalangan bekas anggota Angkatan
Tentera Malaysia atau Angkatan Tentera Komanwel yang pernah berkhidmat di Malaysia;
“persatuan veteran” ertinya apa-apa persatuan yang didaftarkan di bawah Akta ini;
“veteran” ertinya warganegara Malaysia yang telah berkhidmat sepenuh masa dan tidak pernah dibersarakan atau diberhentikan
Veteran 7
daripada perkhidmatan atas alasan salah laku dalam mana-mana
Angkatan yang berikut:
angkatan sukarela yang dikerah sepenuh masa oleh
Angkatan Tentera Malaysia tanpa mengira tempoh perkhidmatan;
Bahagian II
Majlis Veteran Kebangsaan
Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan yang hendaklah menjadi Timbalan Pengerusi;
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan
Tentera Malaysia yang hendaklah menjadi Setiausaha;
Assisten Ketua Staf (Perkhidmatan Anggota) Markas
Angkatan Tentera Malaysia; dan
tidak lebih daripada lima orang, sekurang-kurangnya dua orang daripada mereka ialah veteran, yang mempunyai
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 740
pengalaman, pengetahuan atau kepakaran dalam perkara yang berhubungan dengan hal ehwal veteran yang hendaklah dilantik oleh Menteri.
hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi dua tahun dan layak untuk dilantik semula bagi tempoh yang tidak melebihi dua penggal berturut-turut.
Fungsi Majlis
merumuskan dasar utama dan pelan tindakan yang berhubungan dengan hal ehwal veteran;
menyelia pelaksanaan dasar dan pelan tindakan yang berhubungan dengan hal ehwal veteran;
menyelaraskan dan memantau pelaksanaan dasar dan pelan tindakan yang berhubungan dengan veteran dengan kementerian, agensi, badan atau organisasi kerajaan yang berkaitan dan sektor swasta;
menasihatkan dan membuat syor mengenai pembuatan mana-mana perundangan atau pindaan mana-mana perundangan sedia ada supaya dapat menjamin kebajikan dan kepentingan veteran;
menasihatkan Kerajaan mengenai isu hal ehwal veteran termasuklah perkembangan di peringkat antarabangsa;
melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri bagi pelaksanaan Akta ini dengan sewajarnya.
Veteran 9
Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang suai manfaat atau semunasabahnya perlu bagi, atau berkaitan dengan, pelaksanaan fungsinya.
Anggota Majlis yang dilantik dalam subseksyen 3(2) boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Majlis dibantu oleh Jabatan
Majlis hendaklah dibantu oleh Jabatan dalam melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini.
Bahagian III
Pendaftar
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera
Malaysia hendaklah menjadi Pendaftar.
Daftar veteran
Apa-apa daftar veteran yang disimpan dan disenggarakan oleh
Kementerian Pertahanan dan Jabatan sebelum sahaja Akta ini mula berkuat kuasa hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, disifatkan sebagai daftar yang disimpan dan disenggarakan di bawah
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 740
subseksyen (1) dan hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripada daftar veteran sedemikian.
Permohonan untuk pendaftaran
Tiap-tiap permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen atau maklumat yang ditetapkan.
Kuasa Pendaftar untuk menghendaki pemohon memberikan dokumen atau maklumat tambahan
Jika pemohon itu tidak memberikan dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki oleh Pendaftar di bawah subseksyen (1)
dalam masa yang dinyatakan atau apa-apa masa lanjutan yang dinyatakan oleh Pendaftar, permohonan itu disifatkan telah ditarik balik dan tiada tindakan boleh diambil terhadapnya oleh Pendaftar, tetapi tanpa menjejaskan suatu permohonan baru dibuat oleh pemohon.
Pendaftaran atau penolakan untuk mendaftar
Jika permohonan itu diluluskan, Pendaftar hendaklah mendaftarkan pemohon itu dengan memasukkan butir-butir pemohon dalam daftar veteran yang disebut dalam seksyen 8.
Veteran 11
Jika permohonan itu ditolak, pemohon itu boleh membuat rayuan kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad.
Walau apa pun subseksyen (1), dan seksyen 9 dan 10, mana-mana orang yang sebelum sahaja Akta ini mula berkuat kuasa telah didaftarkan sebagai seorang veteran dengan Jabatan Arah Rekod dan
Pencen Markas Angkatan Tentera Malaysia hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, disifatkan sebagai seorang veteran yang telah didaftarkan di bawah Akta ini.
Pengeluaran Kad Veteran
Kad Veteran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1)
hendaklah menjadi keterangan konklusif bagi semua maksud bahawa orang itu telah didaftarkan dengan sewajarnya sebagai seorang veteran di bawah Akta ini.
Mana-mana orang yang kepadanya suatu Kad Bekas Tentera telah dikeluarkan oleh Jabatan Arah Rekod dan Pencen Markas
Angkatan Tentera Malaysia sebelum sahaja Akta ini mula berkuat kuasa dan disifatkan sebagai seorang veteran di bawah subseksyen 11(4) hendaklah dikeluarkan suatu Kad Veteran di bawah Akta ini.
Bahagian IV
Permohonan untuk didaftarkan bagi menjalankan aktiviti veteran
Sesuatu persatuan yang berniat untuk menjalankan apa-apa aktiviti veteran hendaklah memohon kepada Pendaftar untuk pendaftaran di bawah Akta ini mengikut cara dan bentuk yang ditetapkan.
Pendaftar boleh menghendaki pemohon untuk memberikan apa-apa dokumen atau maklumat yang ditetapkan.
Pendaftaran persatuan veteran
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), jika Pendaftar berpuas hati bahawa persatuan itu ialah suatu organisasi bukan politik bagi pemajuan kebajikan veteran dan bahawa perlembagaan persatuan itu mengandungi peruntukan bagi perkara yang telah dihuraikan dalam
Jadual, Pendaftar hendaklah meluluskan pendaftaran persatuan itu sebagai suatu persatuan veteran di bawah Akta ini.
Daftar persatuan veteran
Pendaftar boleh mengenakan apa-apa syarat, termasuk pembayaran apa-apa fi, yang difikirkannya sesuai ke atas persatuan veteran berdaftar itu.
Suatu persatuan veteran yang berdaftar di bawah Akta ini hendaklah, jika perlembagaannya tidak mengandungi perkara seperti yang dihuraikan dalam Jadual, meminda perlembagaannya dalam
Veteran 13
tempoh dua puluh satu hari selepas pendaftarannya untuk memasukkan perkara sedemikian.
Perakuan pendaftaran
Suatu perakuan pendaftaran, melainkan jika dibuktikan telah dibatalkan kemudiannya, hendaklah menjadi keterangan konklusif bagi semua maksud bahawa persatuan ini telah didaftarkan dengan sewajarnya oleh Pendaftar sebagai suatu persatuan veteran di bawah
Akta ini.
Persatuan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966
Mana-mana persatuan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] pada tarikh Akta ini mula berkuat kuasa hendaklah terhenti daripada didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan hendaklah dalam tempoh tiga bulan selepas itu memohon kepada
Pendaftar untuk didaftarkan di bawah Akta ini sebagai suatu persatuan veteran untuk menjalankan apa-apa aktiviti veteran; dan persatuan itu hendaklah terus menjalankan operasi sebagai suatu persatuan sehinggalah diberitahu sebaliknya oleh Pendaftar.
Pembatalan atau penggantungan pendaftaran oleh Pendaftar
telah didaftarkan akibat daripada suatu fraud, kesilapan atau salah nyataan;
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 740
tidak mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan oleh
Pendaftar di bawah seksyen 15;
telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini;
tidak aktif atau bukan lagi suatu entiti yang sesuai dan layak untuk didaftarkan bagi mewakili veteran di Malaysia atau di tempat lain;
menghalang pemajuan veteran dan pembatalan atau penggantungan pendaftarannya adalah demi kepentingan awam;
tidak atau abai untuk meremedikan apa-apa amalan salah, salah laku atau ketidakteraturan di pihak pemegang jawatan atau ahlinya dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis yang diberikan oleh Pendaftar; atau
tidak aktif, tidak bekerjasama atau menjadi penghalang dalam pelaksanaan peraturan-peraturan, dasar atau garis panduan yang dibuat di bawah Akta ini.
Sebelum membatalkan atau menggantung pendaftaran suatu persatuan veteran di bawah subseksyen (1), Pendaftar hendaklah memberi peluang kepada persatuan itu untuk mengemukakan alasan, jika ada, menentang pembatalan atau penggantungan yang dicadangkan itu.
Rayuan
membatalkan atau menggantung pendaftaran persatuan ini, boleh, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh pemberitahuan keputusan Pendaftar, merayu kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad.
Sebelum membuat apa-apa keputusan di bawah subseksyen (1),
Menteri boleh merujuk perkara itu kepada Majlis untuk mendapatkan nasihatnya.
Arahan untuk meneruskan fungsi persatuan
Pendaftar—
Menteri boleh, sebelum membuat keputusan mengenai suatu rayuan di bawah seksyen 19, memberikan apa-apa arahan untuk membolehkan persatuan itu meneruskan fungsinya dan boleh melantik suatu jawatankuasa ad hoc untuk menguruskan hal ehwal persatuan itu selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan.
Tatacara dalaman bagi menyelesaikan pertikaian
Tiap-tiap persatuan veteran hendaklah menyelesaikan apa-apa pertikaian yang berbangkit di kalangan ahli atau jawatankuasa atau badan pengelolanya mengikut tatacara dalaman yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan.
Rujukan pertikaian kepada Menteri
Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh, atas nasihat
Pendaftar atau pada bila-bila masa difikirkannya perlu dan suai
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 740
manfaat, menghendaki mana-mana persatuan veteran untuk merujuk apa-apa pertikaian kepadanya untuk penyelesaian.
Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamad;
tetapi Menteri boleh meminta nasihat daripada Majlis atau mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Menteri untuk tujuan itu sebelum membuat keputusannya.
Kesan penolakan, pembatalan atau penggantungan pendaftaran
Apabila Pendaftar menolak untuk mendaftarkan mana-mana persatuan di bawah seksyen 17 atau apabila pembatalan atau penggantungan pendaftaran mana-mana persatuan veteran di bawah
Akta ini, peruntukan yang berikut hendaklah terpakai:
persatuan itu tidak boleh menganjurkan, menjalankan, membenarkan atau menyertai mana-mana aktiviti veteran atau apa-apa acara atau forum yang berhubungan dengan hal ehwal veteran sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
dan
persatuan ini tidak boleh menerima atau terus menerima pembiayaan bagi apa-apa aktiviti veteran atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan kepentingan, hal ehwal atau kebajikan veteran daripada Kerajaan atau mana-mana badan berkanun.
Bahagian V
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh menetapkan mana-mana atau semua yang berikut:
bentuk dan kandungan daftar veteran dan daftar persatuan veteran dan cara dan bentuk daftar itu hendaklah disimpan;
bentuk apa-apa perakuan atau dokumen lain yang dikehendaki di bawah Akta ini;
tatacara dalaman yang hendak diikuti berhubung dengan penyelesaian pertikaian yang diadakan di bawah Akta ini;
tatacara yang hendak diikuti berhubung dengan rayuan oleh mana-mana persatuan;
apa-apa perkara yang berkaitan dengan peruntukan bantuan kebajikan dan perubatan kepada veteran; dan
apa-apa perkara lain yang dikehendaki oleh Akta ini supaya ditetapkan atau yang perlu atau suai manfaat untuk ditetapkan bagi melaksanakan Akta ini.
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 740
JADUAL
[Seksyen 14]
PERLEMBAGAAN PERSATUAN VETERAN
Perkara yang berikut hendaklah diperuntukkan dalam perlembagaan sesuatu persatuan veteran:
1. Persatuan hendaklah mempunyai matlamat dan tujuan yang berikut:
untuk pemajuan kebajikan veteran;
untuk mengekalkan hubungan dan kedudukan yang baik dengan Jabatan;
untuk memastikan bahawa perlembagaannya dipatuhi dan diikuti oleh semua anggotanya; dan
untuk mengawal dan menjalankan bidang kuasa ke atas semua aktiviti berhubung dengan hal ehwal veteran.
2. Aktivitinya dijalankan tanpa diskriminasi tentang jantina, bangsa, agama, asal usul, bahasa, kecenderungan politik atau apa-apa pandangan lain yang dipegang oleh anggotanya.
3. Tatacara pemilihan bagi ahli jawatankuasa dalam persatuannya itu adalah terbuka dan adil.
4. Akaun terauditnya dengan laporan tentang semua aktiviti dan penggunaan dan perbelanjaan semua wangnya bagi tahun kewangan yang sebelumnya hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar berserta dengan apa-apa laporan lain yang kehendaki oleh Pendaftar.
19
Akta 740
SSENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
―TIADA―
20
Akta 740
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
―TIADA―