Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
Apabila Pendaftar menolak untuk mendaftarkan mana-mana persatuan di bawah seksyen 17 atau apabila pembatalan atau penggantungan pendaftaran mana-mana persatuan veteran di bawah
Akta ini, peruntukan yang berikut hendaklah terpakai:
(a)
persatuan itu tidak boleh menganjurkan, menjalankan, membenarkan atau menyertai mana-mana aktiviti veteran atau apa-apa acara atau forum yang berhubungan dengan hal ehwal veteran sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
dan
(b)
persatuan ini tidak boleh menerima atau terus menerima pembiayaan bagi apa-apa aktiviti veteran atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan kepentingan, hal ehwal atau kebajikan veteran daripada Kerajaan atau mana-mana badan berkanun.