Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh menetapkan mana-mana atau semua yang berikut:
(a)
kewajipan Pendaftar;
(b)
bentuk dan kandungan daftar veteran dan daftar persatuan veteran dan cara dan bentuk daftar itu hendaklah disimpan;
(c)
cara dan borang apabila suatu permohonan untuk pendaftaran hendaklah dibuat;
(d)
bentuk apa-apa perakuan atau dokumen lain yang dikehendaki di bawah Akta ini;
(e)
tatacara dalaman yang hendak diikuti berhubung dengan penyelesaian pertikaian yang diadakan di bawah Akta ini;
(f)
tatacara yang hendak diikuti berhubung dengan rayuan oleh mana-mana persatuan;
(g)
apa-apa perkara yang berkaitan dengan peruntukan bantuan kebajikan dan perubatan kepada veteran; dan
(h)
apa-apa perkara lain yang dikehendaki oleh Akta ini supaya ditetapkan atau yang perlu atau suai manfaat untuk ditetapkan bagi melaksanakan Akta ini.
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 740