Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA VETERAN 2012

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“aktiviti veteran” termasuklah aktiviti yang berikut:

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 740

(a)

menganjurkan apa-apa program kebajikan dan sosioekonomi bagi veteran dan tanggungannya;

(b)

menganjurkan apa-apa kempen berhubung dengan kepentingan veteran dan tanggungannya;

(c)

mendapatkan dana, derma atau sumbangan kewangan bagi kebajikan veteran atau ahli mana-mana persatuan veteran;

(d)

menganjurkan apa-apa program penghargaan dan pengiktirafan bagi veteran;

(e)

menganjurkan atau menggalakkan apa-apa program kesedaran bagi kepentingan dan faedah veteran; dan

(f)

menyertai persidangan, mesyuarat, perjumpaan atau program berhubung dengan veteran yang diadakan di

Malaysia atau di tempat lain;

“Jabatan” ertinya Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera

Malaysia;

“Majlis” ertinya Majlis Veteran Kebangsaan;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertahanan;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 7;

“persatuan” ertinya mana-mana organisasi, pertubuhan, persatuan, kelab atau badan yang keahliannya terdiri daripada sekurang-kurangnya lima puluh peratus dari kalangan bekas anggota Angkatan

Tentera Malaysia atau Angkatan Tentera Komanwel yang pernah berkhidmat di Malaysia;

“persatuan veteran” ertinya apa-apa persatuan yang didaftarkan di bawah Akta ini;

“veteran” ertinya warganegara Malaysia yang telah berkhidmat sepenuh masa dan tidak pernah dibersarakan atau diberhentikan

Veteran 7

daripada perkhidmatan atas alasan salah laku dalam mana-mana

Angkatan yang berikut:

(a)

angkatan tetap Angkatan Tentera Malaysia;

(b)

angkatan sukarela yang dikerah sepenuh masa oleh

Angkatan Tentera Malaysia tanpa mengira tempoh perkhidmatan;

(c)

Force 136;

(d)

Tentera British yang telah berkhidmat di Malaya,

Malaysia atau Singapura; dan

(e)

Sarawak Rangers.