Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA VETERAN 2012

Seksyen 3

(2)

Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

Menteri yang hendaklah menjadi Pengerusi;

(b)

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan yang hendaklah menjadi Timbalan Pengerusi;

(c)

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan

Tentera Malaysia yang hendaklah menjadi Setiausaha;

(d)

Assisten Ketua Staf (Perkhidmatan Anggota) Markas

Angkatan Tentera Malaysia; dan

(e)

tidak lebih daripada lima orang, sekurang-kurangnya dua orang daripada mereka ialah veteran, yang mempunyai

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 740

pengalaman, pengetahuan atau kepakaran dalam perkara yang berhubungan dengan hal ehwal veteran yang hendaklah dilantik oleh Menteri.

(3)

Seorang anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan

(2)

(e)

hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi dua tahun dan layak untuk dilantik semula bagi tempoh yang tidak melebihi dua penggal berturut-turut.

Fungsi Majlis

Section 3 — AKTA VETERAN 2012 | mylaw.my