Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(a)
merumuskan dasar utama dan pelan tindakan yang berhubungan dengan hal ehwal veteran;
(b)
menyelia pelaksanaan dasar dan pelan tindakan yang berhubungan dengan hal ehwal veteran;
(c)
menyelaraskan dan memantau pelaksanaan dasar dan pelan tindakan yang berhubungan dengan veteran dengan kementerian, agensi, badan atau organisasi kerajaan yang berkaitan dan sektor swasta;
(d)
menasihatkan dan membuat syor mengenai pembuatan mana-mana perundangan atau pindaan mana-mana perundangan sedia ada supaya dapat menjamin kebajikan dan kepentingan veteran;
(e)
menasihatkan Kerajaan mengenai isu hal ehwal veteran termasuklah perkembangan di peringkat antarabangsa;
(f)
menjadi badan pemantau bagi semua persatuan veteran di
Malaysia; dan
(g)
melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri bagi pelaksanaan Akta ini dengan sewajarnya.
Veteran 9
(2)
Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang suai manfaat atau semunasabahnya perlu bagi, atau berkaitan dengan, pelaksanaan fungsinya.
(3)
Majlis hendaklah mengawal selia prosidingnya sendiri.
Elaun