Malaysia legislation

Section 12

of AKTA PEMBAYARAN DAN ADJUDIKASI INDUSTRI PEMBINAAN 2012

Seksyen 12

(2)

Tertakluk kepada subseksyen 19(5), adjudikator hendaklah memutuskan pertikaian dan memberikan keputusan adjudikasi dalam masa—

(a)

empat puluh lima hari bekerja dari penyampaian respons adjudikasi atau jawapan kepada respons adjudikasi, mengikut mana-mana yang terkemudian;

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 746

(b)

empat puluh lima hari bekerja dari tamatnya tempoh yang ditetapkan bagi penyampaian respons adjudikasi jika tiada respons adjudikasi diterima; atau

(c)

apa-apa masa lanjut yang dipersetujui oleh pihak-pihak.

(3)

Suatu keputusan adjudikasi yang tidak dibuat dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2) adalah tidak sah.

(4)

Keputusan adjudikasi hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah mengandungi sebab-sebab bagi keputusan itu melainkan jika kehendak bagi sebab-sebab itu diketepikan oleh pihak-pihak itu.

(5)

Keputusan adjudikasi itu hendaklah juga menentukan amaun teradjudikasi dan masa dan cara amaun teradjudikasi itu kena dibayar.

(6)

Adjudikator hendaklah menyampaikan suatu salinan keputusan adjudikasi, termasuk mana-mana keputusan adjudikasi yang dibetulkan yang dibuat di bawah subseksyen (7), kepada pihak-pihak dan Pengarah PTSKL.

(7)

Adjudikator boleh pada bila-bila masa membetulkan apa-apa kesilapan pengiraan atau kesilapan taipan atas inisiatif adjudikator sendiri atau atas permintaan mana-mana pihak.

(8)

Penguatkuasaan keputusan adjudikasi tidaklah terjejas dalam apa-apa cara dengan permintaan untuk pembetulan di bawah subseksyen (7) dan apa-apa pembetulan yang dibuat hendaklah disifatkan berkuat kuasa dari tarikh keputusan adjudikasi yang asal.

(9)

Akta Keterangan 1950 [Akta 56] tidak terpakai bagi prosiding adjudikasi di bawah Akta ini.

Kesan keputusan adjudikasi