/akn/my/act/act/2012/746

AKTA PEMBAYARAN DAN ADJUDIKASI INDUSTRI PEMBINAAN 2012

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2012
Last amended
2024
Sections
41
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA PEMBAYARAN DAN ADJUDIKASI INDUSTRI PEMBINAAN 2012 is Malaysia Act, cited as Act 746 2012, currently marked in force and first recorded in 2012.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk memudahkan pembayaran yang tetap dan tepat pada masanya, untuk mengadakan peruntukan bagi suatu mekanisme bagi penyelesaian pertikaian yang cepat melalui adjudikasi, untuk mengadakan peruntukan bagi remedi untuk mendapatkan bayaran dalam industri pembinaan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

Bahagian I

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Undang-Undang Malaysia 8

Akta 746

Pemakaian

Suggest a correction

Seksyen 2

Open as pageSuggest a correction

Akta ini terpakai bagi setiap kontrak pembinaan yang dibuat secara bertulis yang berhubungan dengan kerja pembinaan yang dijalankan sepenuhnya atau sebahagiannya di dalam wilayah Malaysia termasuk kontrak pembinaan yang dibuat oleh Kerajaan.

Seksyen 3

Ketidakpakaian

Open as pageSuggest a correction

Akta ini tidak terpakai bagi kontrak pembinaan yang dibuat oleh seorang orang sebenar bagi apa-apa kerja pembinaan berkenaan dengan mana-mana bangunan yang tingginya kurang daripada empat tingkat dan yang keseluruhannya diniatkan untuk didudukinya.

Seksyen 4

Tafsiran

Open as pageSuggest a correction

“adjudikator” ertinya seseorang individu yang dilantik untuk mengadjudikasi suatu pertikaian di bawah Akta ini;

“bayaran” ertinya bayaran bagi kerja yang telah dilaksanakan atau perkhidmatan yang diberikan di bawah terma kontrak pembinaan yang nyata;

“hari bekerja” ertinya suatu hari kalendar tetapi tidak termasuk hujung minggu dan cuti am yang terpakai bagi Negeri atau Wilayah

Persekutuan di mana tapak itu terletak;

“keputusan adjudikasi” ertinya keputusan yang dibuat oleh adjudikator di bawah subseksyen 12(2);

“Kerajaan” ertinya Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri;

“kerja pembinaan” ertinya pembinaan, penyambungan, pemasangan, pembaikan, penyenggaraan, pembaharuan, pemindahan, pengubahsuaian, pengubahan, perombakan atau perobohan—

(a)

mana-mana bangunan, binaan, bangunan besar, struktur, dinding, pagar atau cerobong, sama ada dibina keseluruhannya atau sebahagiannya di atas atau di bawah paras bumi;

Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 9

Suggest a correction

(b)

mana-mana jalan, kerja pelabuhan, landasan kereta api, talian kabel, terusan atau padang terbang;

Suggest a correction

(c)

apa-apa kerja saliran, pengairan atau kawalan sungai;

Suggest a correction

(d)

apa-apa kerja elektrik, mekanikal, air, gas, minyak, petrokimia atau telekomunikasi; atau

Suggest a correction

(e)

mana-mana jambatan, jejambat, empangan, takungan, kerja tanah, talian paip, salur najis, akueduk, pembetung, pemacu, syaf, terowong atau kerja-kerja penebusgunaan, dan termasuklah—

Suggest a correction

(A)

apa-apa kerja yang menjadi bahagian yang penting, atau adalah persediaan atau sementara bagi kerja yang diperihalkan dalam perenggan (a) hingga (e), termasuklah pembersihan tapak, penyelidikan dan pembaikan tanah, pemindahan tanah, penggalian, peletakan batu asas, pemulihan tapak dan lanskap; dan

Suggest a correction

(B)

pemerolehan bahan binaan, kelengkapan atau pekerja, yang semestinya diperlukan bagi mana-mana kerja yang diperihalkan dalam perenggan (a) hingga (e);

“kontrak kerja pembinaan” ertinya suatu kontrak untuk menjalankan kerja pembinaan;

“kontrak pembinaan” ertinya suatu kontrak kerja pembinaan atau kontrak rundingan pembinaan;

“kontrak rundingan pembinaan” ertinya suatu kontrak untuk menjalankan perkhidmatan rundingan berhubung dengan kerja pembinaan dan termasuk kajian perancangan dan kebolehlaksanaan, kerja kesenibinaan, kejuruteraan, pengukuran bahan, hiasan luaran dan dalaman, lanskap dan perkhidmatan pengurusan projek;

“Mahkamah Tinggi” ertinya Mahkamah Tinggi di Malaya atau

Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tangggungjawab bagi kerja raya;

“pentadbir kontrak” ertinya seorang arkitek, jurutera, pegawai penyelia atau orang lain tidak kira bagaimana jua sekalipun dipanggil yang mentadbir kontrak kerja pembinaan;

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 746

“pihak yang menuntut” ertinya seseorang pihak yang terkilan dalam kontrak pembinaan yang memulakan prosiding adjudikasi;

“pihak yang tidak dibayar” ertinya pihak yang menuntut pembayaran sejumlah wang yang tidak dibayar sepenuhnya atau sebahagiannya di bawah suatu kontrak pembinaan;

“pihak yang tidak membayar” ertinya suatu pihak yang terhadapnya suatu tuntutan pembayaran dibuat menurut suatu kontrak pembinaan;

“prinsipal” ertinya suatu pihak yang telah berkontrak dengan dan bertanggungan untuk membuat pembayaran kepada pihak yang satu lagi yang selepas itu pihak yang satu lagi itu berkontrak dengan dan bertanggungan untuk membuat pembayaran kepada orang selanjutnya dalam suatu rantaian kontrak pembinaan;

“prosiding adjudikasi” ertinya proses adjudikasi di bawah Akta ini;

“PTSKL” ertinya Pusat Timbang Tara Serantau Kuala

Lumpur;

“responden” ertinya orang yang padanya notis adjudikasi dan tuntutan adjudikasi telah disampaikan;

“tapak” ertinya tempat di mana kerja pembinaan terletak sama ada di darat atau di luar pesisir.

Suggest a correction

Bahagian II

Bahagian II

ADJUDIKASI PERTIKAIAN PEMBAYARAN

Suggest a correction

Tuntutan pembayaran

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tuntutan pembayaran itu hendaklah secara bertulis dan hendaklah termasuk—

(a)

amaun yang dituntut dan tarikh habis tempoh bagi pembayaran amaun yang dituntut itu;

Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 11

Suggest a correction

(b)

butir untuk mengenal pasti kausa tindakan termasuk peruntukan dalam kontrak pembinaan yang dengannya bayaran itu adalah berhubungan;

Suggest a correction

(c)

perihalan tentang kerja atau perkhidmatan yang dengannya bayaran itu adalah berhubungan; dan

Suggest a correction

(d)

pernyataan bahawa ia dibuat di bawah Akta ini.

Respons pembayaran

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pihak yang tidak membayar yang mempertikaikan amaun yang dituntut dalam tuntutan pembayaran, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, hendaklah menyampaikan suatu respons pembayaran secara bertulis kepada pihak yang tidak dibayar itu dengan menyatakan amaun yang dipertikaikan dan sebab bagi pertikaian itu.

Suggest a correction

(3)

Suatu respons pembayaran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) atau (2) hendaklah disampaikan kepada pihak yang tidak dibayar dalam masa sepuluh hari bekerja dari penerimaan tuntutan pembayaran.

Suggest a correction

(4)

Pihak yang tidak membayar yang tidak memberikan respons kepada tuntutan pembayaran dengan cara yang diperuntukkan di bawah seksyen ini disifatkan telah mempertikaikan keseluruhan tuntutan pembayaran itu.

Hak untuk merujukkan pertikaian kepada adjudikasi

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(2)

Hak untuk merujukkan pertikaian kepada adjudikasi hanya boleh dijalankan selepas tamat tempoh untuk menyampaikan respons pembayaran sebagaimana yang dinyatakan di bawah subseksyen 6(3).

Suggest a correction

(3)

Suatu pertikaian yang dirujukkan kepada adjudikasi di bawah Akta ini adalah tertakluk kepada Akta Had Masa 1953

[Akta 254], Ordinan Had Masa Sabah [Bab 72] atau Ordinan Had

Masa Sarawak [Bab 49] mengikut mana-mana yang berkenaan.

Pemulaan adjudikasi

Suggest a correction

Seksyen 8

Akta 746

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila responden menerima notis adjudikasi itu, adjudikator hendaklah dilantik mengikut cara yang diperihalkan dalam seksyen 21.

Suggest a correction

(3)

Sesuatu pihak kepada prosiding adjudikasi boleh mewakili dirinya sendiri atau diwakili oleh mana-mana wakil yang dilantik oleh pihak itu.

Tuntutan adjudikasi

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pihak yang menuntut hendaklah memberi adjudikator suatu salinan tuntutan adjudikasi berserta dengan apa-apa dokumen sokongan dalam masa yang dinyatakan di bawah subseksyen (1).

Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 13

Respons adjudikasi

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(2)

Responden hendaklah memberi adjudikator salinan respons adjudikasi itu berserta dengan apa-apa dokumen sokongan dalam masa yang dinyatakan di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(3)

Jika responden tidak menyampaikan apa-apa respons adjudikasi, pihak yang menuntut boleh meneruskan adjudikasi itu selepas tamat masa yang dinyatakan di bawah subseksyen (1).

Jawapan adjudikasi

Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pihak yang menuntut hendaklah memberi adjudikator salinan jawapan adjudikasi berserta dengan apa-apa dokumen sokongan dalam masa yang dinyatakan di bawah subseksyen (1).

Adjudikasi dan keputusan

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tertakluk kepada subseksyen 19(5), adjudikator hendaklah memutuskan pertikaian dan memberikan keputusan adjudikasi dalam masa—

(a)

empat puluh lima hari bekerja dari penyampaian respons adjudikasi atau jawapan kepada respons adjudikasi, mengikut mana-mana yang terkemudian;

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 746

Suggest a correction

(b)

empat puluh lima hari bekerja dari tamatnya tempoh yang ditetapkan bagi penyampaian respons adjudikasi jika tiada respons adjudikasi diterima; atau

Suggest a correction

(c)

apa-apa masa lanjut yang dipersetujui oleh pihak-pihak.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Suatu keputusan adjudikasi yang tidak dibuat dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2) adalah tidak sah.

Suggest a correction

(4)

Keputusan adjudikasi hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah mengandungi sebab-sebab bagi keputusan itu melainkan jika kehendak bagi sebab-sebab itu diketepikan oleh pihak-pihak itu.

Suggest a correction

(5)

Keputusan adjudikasi itu hendaklah juga menentukan amaun teradjudikasi dan masa dan cara amaun teradjudikasi itu kena dibayar.

Suggest a correction

(6)

Adjudikator hendaklah menyampaikan suatu salinan keputusan adjudikasi, termasuk mana-mana keputusan adjudikasi yang dibetulkan yang dibuat di bawah subseksyen (7), kepada pihak-pihak dan Pengarah PTSKL.

Suggest a correction

(7)

Adjudikator boleh pada bila-bila masa membetulkan apa-apa kesilapan pengiraan atau kesilapan taipan atas inisiatif adjudikator sendiri atau atas permintaan mana-mana pihak.

Suggest a correction

(8)

Penguatkuasaan keputusan adjudikasi tidaklah terjejas dalam apa-apa cara dengan permintaan untuk pembetulan di bawah subseksyen (7) dan apa-apa pembetulan yang dibuat hendaklah disifatkan berkuat kuasa dari tarikh keputusan adjudikasi yang asal.

Suggest a correction

(9)

Akta Keterangan 1950 [Akta 56] tidak terpakai bagi prosiding adjudikasi di bawah Akta ini.

Kesan keputusan adjudikasi

Suggest a correction

Seksyen 13

Keputusan adjudikasi adalah mengikat melainkan jika—

Open as pageSuggest a correction

(a)

ia diketepikan oleh Mahkamah Tinggi atas apa-apa alasan yang disebut dalam seksyen 15;

Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 15

Suggest a correction

(b)

hal perkara keputusan itu diselesaikan melalui suatu perjanjian bertulis antara pihak-pihak; atau

Suggest a correction

(c)

pertikaian itu telah diputuskan secara muktamad oleh timbang tara atau mahkamah.

Penyatuan prosiding adjudikasi

Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

Jika dua prosiding adjudikasi atau lebih berkenaan dengan hal perkara yang sama yang sedang diadjudikasikan di hadapan adjudikator yang sama, adjudikator boleh, dengan persetujuan semua pihak dalam prosiding adjudikasi itu, menyatukan dan mengadjudikasikan perkara-perkara itu dalam prosiding yang sama.

Seksyen 15

Keputusan adjudikasi yang diperoleh secara tidak wajar

Open as pageSuggest a correction

Tinggi untuk mengetepikan keputusan adjudikasi atas satu atau lebih daripada alasan-alasan yang berikut:

(a)

keputusan adjudikasi telah diperoleh secara tidak wajar melalui fraud atau suapan;

Suggest a correction

(c)

adjudikator tidak bertindak dengan bebas atau saksama;

atau

Suggest a correction

(d)

adjudikator telah bertindak melampaui bidang kuasanya.

Penggantungan keputusan adjudikasi

Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

(a)

suatu permohonan untuk mengetepikan keputusan adjudikasi di bawah seksyen 15 telah dibuat; atau

Suggest a correction

(b)

hal perkara keputusan adjudikasi sedang menunggu penentuan muktamad oleh timbang tara atau mahkamah.

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 746

Suggest a correction

(2)

Mahkamah Tinggi boleh membenarkan penggantungan keputusan adjudikasi atau memerintahkan amaun teradjudikasi atau sebahagian daripadanya untuk didepositkan dengan Pengarah

PTSKL atau membuat apa-apa perintah lain yang difikirkannya patut.

Penarikan balik dan permulaan semula prosiding adjudikasi

Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pihak yang menuntut hendaklah menanggung kos yang berbangkit daripada penarikan balik prosiding adjudikasi itu melainkan jika adjudikator memerintahkan selainnya.

Suggest a correction

(3)

Pihak yang menuntut yang telah menarik balik tuntutan adjudikasi bebas untuk memulakan semula adjudikasi tentang hal perkara yang sama dengan menyampaikan suatu notis adjudikasi yang baru mengikut seksyen 8.

Suggest a correction

(4)

Jika seseorang adjudikator mati, meletakkan jawatan atau tidak berupaya oleh sebab sakit atau apa-apa sebab lain untuk menyelesaikan prosiding adjudikasi—

(a)

prosiding adjudikasi itu berakhir dan pihak-pihak itu adalah bebas untuk memulakan semula prosiding adjudikasi yang baru; atau

Suggest a correction

(b)

prosiding adjudikasi itu boleh diteruskan oleh adjudikator baru yang dilantik oleh pihak-pihak itu dan prosiding adjudikasi itu hendaklah diteruskan seolah-olah tiada pertukaran adjudikator.

Kos prosiding adjudikasi

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

(2)

Subseksyen (1) hendaklah mengatasi mana-mana perjanjian yang dibuat oleh pihak-pihak sebelum permulaan prosiding adjudikasi yang dengannya satu pihak bersetuju untuk membayar kos pihak yang satu lagi atau menanggung fi dan perbelanjaan adjudikator.

Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 17

Fi dan perbelanjaan adjudikator, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika pihak-pihak dan adjudikator tidak bersetuju dengan terma pelantikan dan fi adjudikator, terma pelantikan dan fi standard PTSKL bagi adjudikator hendaklah terpakai.

Suggest a correction

(3)

Pihak-pihak kepada adjudikasi adalah bertanggungan bersesama dan berasingan untuk membayar fi dan perbelanjaan adjudikator dan adjudikator boleh mendapatkan balik fi dan perbelanjaan yang kena dibayar itu sebagai hutang.

Suggest a correction

(4)

Pihak-pihak itu hendaklah menyumbang dan mendeposit dengan Pengarah PTSKL suatu perkadaran fi yang munasabah dalam bahagian yang sama rata sebagaimana yang diarahkan oleh adjudikator terlebih dahulu sebagai jaminan.

Suggest a correction

(5)

Sebelum memberikan keputusan adjudikasi kepada pihak-pihak, adjudikator boleh menghendaki bayaran penuh fi dan perbelanjaan untuk didepositkan dengan Pengarah PTSKL.

Suggest a correction

(6)

Seseorang adjudikator tidak berhak kepada apa-apa fi atau perbelanjaan yang berhubungan dengan adjudikasi jika adjudikator gagal untuk memutuskan pertikaian dalam tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen 12(2) kecuali apabila kelewatan dalam membuat keputusan itu disebabkan kegagalan pihak-pihak untuk mendepositkan bayaran penuh fi dan perbelanjaan dengan Pengarah

PTSKL di bawah subseksyen (5).

Kerahsiaan adjudikasi

Suggest a correction

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

Adjudikator dan mana-mana pihak kepada pertikaian itu tidak boleh menzahirkan apa-apa pernyataan, pengakuan atau dokumen yang dibuat atau dikemukakan bagi maksud adjudikasi kepada orang lain kecuali—

(b)

setakat yang maklumat itu telah berada dalam domain awam;

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 746

Suggest a correction

(c)

setakat yang penzahiran itu adalah perlu bagi maksud penguatkuasaan keputusan adjudikasi atau mana-mana prosiding dalam timbang tara atau mahkamah; atau

Suggest a correction

(d)

setakat yang penzahiran itu dikehendaki bagi apa-apa maksud di bawah Akta ini atau selainnya dikehendaki dalam mana-mana undang-undang bertulis.

Suggest a correction

Bahagian III

Bahagian III

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

Seseorang adjudikator boleh dilantik dengan cara yang berikut:

(a)

melalui persetujuan pihak-pihak dalam pertikaian dalam masa sepuluh hari bekerja dari penyampaian notis adjudikasi oleh pihak yang menuntut; atau

Suggest a correction

(i)

atas permintaan mana-mana satu pihak dalam pertikaian jika tiada persetujuan pihak-pihak di bawah perenggan (a); atau

(ii)

atas permintaan pihak-pihak dalam pertikaian.

Pelantikan adjudikator oleh pihak-pihak

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

(2)

Adjudikator hendaklah mencadangkan dan merundingkan terma pelantikannya termasuk fi yang kena dibayar dengan pihak-pihak itu dan hendaklah dalam masa sepuluh hari bekerja dari tarikh dia diberitahu tentang pelantikannya, menunjukkan penerimaannya dan terma pelantikannya.

Suggest a correction

(3)

Jika adjudikator menolak pelantikannya atau tidak menunjukkan penerimaan pelantikannya dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2), pihak-pihak itu boleh terus melantik adjudikator yang lain dengan cara yang diperuntukkan di bawah seksyen 21.

Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 19

Pelantikan adjudikator oleh Pengarah PTSKL

Suggest a correction

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

(2)

Adjudikator hendaklah mencadangkan dan merundingkan terma pelantikannya termasuk fi yang kena dibayar dengan pihak-pihak itu dan hendaklah dalam masa sepuluh hari bekerja dari tarikh dia diberitahu tentang pelantikannya, menunjukkan penerimaannya dan terma pelantikannya.

Suggest a correction

(3)

Jika adjudikator itu menolak pelantikannya atau tidak menunjukkan penerimaan pelantikannya dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2)—

(a)

pihak-pihak itu boleh bersetuju untuk melantik seorang adjudikator yang lain mengikut cara yang diperuntukkan di bawah perenggan 21(a); atau

Suggest a correction

(b)

Pengarah PTSKL boleh terus melantik seorang adjudikator yang lain mengikut cara yang diperuntukkan di bawah perenggan 21(b).

Kewajipan dan obligasi adjudikator

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

Adjudikator hendaklah pada masa penerimaan pelantikan sebagai adjudikator membuat suatu perisytiharan secara bertulis bahawa–

(a)

tidak terdapat percanggahan kepentingan berkenaan dengan pelantikannya;

Suggest a correction

(b)

dia hendaklah bertindak dengan bebas, saksama dan tepat pada masanya dan mengelakkan daripada melakukan perbelanjaan yang tidak perlu;

Suggest a correction

(c)

dia hendaklah mematuhi prinsip keadilan asasi; dan

Suggest a correction

(d)

tidak terdapat apa-apa hal keadaan yang berkemungkinan menimbulkan keraguan yang boleh diwajarkan berkenaan dengan kesaksamaan dan kebebasan adjudikator itu.

Undang-Undang Malaysia 20

Akta 746

Kuasa adjudikator

Suggest a correction

Seksyen 25

Adjudikator hendaklah mempunyai kuasa untuk—

Open as pageSuggest a correction

(a)

menentukan tatacara dalam menjalankan prosiding adjudikasi termasuklah mengehadkan pengemukaan dokumen oleh pihak-pihak itu;

Suggest a correction

(b)

memerintahkan penzahiran dan pengemukaan dokumen;

Suggest a correction

(c)

menetapkan tarikh akhir bagi pengemukaan dokumen;

Suggest a correction

(d)

menggunakan pengetahuannya dan kepakarannya sendiri;

Suggest a correction

(e)

melantik pakar bebas untuk menyiasat dan melaporkan tentang perkara khusus dengan persetujuan pihak-pihak;

Suggest a correction

(g)

mengadakan apa-apa pendengaran dan mengehadkan masa pendengaran itu;

Suggest a correction

(h)

menjalankan pemeriksaan tapak, kerja, bahan atau barang-barang yang berhubungan dengan pertikaian itu termasuk pendedahan apa-apa kerja yang telah dilaksanakan;

Suggest a correction

(i)

mengambil inisiatif untuk membuat penyiasatan secara aktif bagi menentukan fakta dan undang-undang yang dikehendaki bagi keputusan itu;

Suggest a correction

(j)

mengeluarkan apa-apa arahan yang perlu atau suai manfaat;

Suggest a correction

(k)

memerintahkan supaya interogatori untuk dijawab;

Suggest a correction

(l)

memerintahkan supaya apa-apa keterangan diberikan dengan sumpah;

Suggest a correction

(m)

mengkaji semula dan menyemak mana-mana perakuan yang dikeluarkan atau yang hendak dikeluarkan menurut kontrak kerja pembinaan, keputusan, arahan, pandangan atau penilaian pihak-pihak atau pentadbir kontrak yang berkaitan dengan pertikaian itu;

Suggest a correction

(n)

memutuskan atau mengisytiharkan mengenai apa-apa perkara walaupun tiada perakuan dikeluarkan berkenaan dengan perkara itu;

Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 21

Suggest a correction

(p)

melanjutkan apa-apa had masa yang dikenakan ke atas pihak-pihak di bawah Akta ini sebagaimana yang semunasabahnya dikehendaki.

Kuasa adjudikator tidak terjejas oleh ketidakpatuhan

Suggest a correction

Seksyen 26

Open as pageSuggest a correction

(2)

Adjudikator boleh atas alasan terdapat ketidakpatuhan berkenaan dengan prosiding adjudikasi atau dokumen yang dikemukakan dalam prosiding adjudikasi—

(a)

mengetepikan prosiding adjudikasi itu secara keseluruhannya atau sebahagiannya;

Suggest a correction

(b)

membuat apa-apa perintah yang berkaitan dengan prosiding adjudikasi sebagaimana yang disifatkan patut oleh adjudikator itu; atau

Suggest a correction

(c)

membenarkan pindaan dibuat pada dokumen yang dikemukakan dalam prosiding adjudikasi.

Bidang kuasa adjudikator

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 27

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pihak-pihak kepada adjudikasi boleh pada bila-bila masa melalui persetujuan secara bertulis melanjutkan bidang kuasa adjudikator untuk membuat keputusan mengenai apa-apa perkara lain yang tidak dirujuk kepada adjudikator menurut seksyen 5

dan 6.

Undang-Undang Malaysia 22

Akta 746

Suggest a correction

(3)

Walau apa pun cabaran bidang kuasa, adjudikator boleh dengan budi bicaranya meneruskan dan menyiapkan prosiding adjudikasi tanpa menjejaskan hak mana-mana pihak untuk memohon mengetepikan keputusan adjudikasi di bawah seksyen 15

atau untuk membantah permohonan untuk menguatkuasakan keputusan adjudikasi di bawah subseksyen 28(1).

Suggest a correction

Bahagian IV

Bahagian IV

PENGUATKUASAAN KEPUTUSAN ADJUDIKASI

Suggest a correction

Penguatkuasaan keputusan adjudikasi sebagai penghakiman

Seksyen 28

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mahkamah Tinggi boleh membuat suatu perintah berkenaan dengan keputusan adjudikasi sama ada secara keseluruhan atau sebahagian dan boleh membuat suatu perintah berkenaan dengan faedah bagi amaun teradjudikasi yang kena dibayar.

Suggest a correction

(3)

Perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2) boleh dilaksanakan mengikut kaedah-kaedah mengenai pelaksanaan perintah atau penghakiman Mahkamah Tinggi.

Penggantungan atau pengurangan kadar kemajuan pelaksanaan

Suggest a correction

Seksyen 29

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pihak yang berhasrat untuk menggantung pelaksanaan atau mengurangkan kadar kemajuan pelaksanaan itu di bawah subseksyen (1) hendaklah memberikan notis bertulis tentang niat untuk menggantung pelaksanaan atau mengurangkan kadar

Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 23

kemajuan pelaksanaan kepada pihak yang satu lagi jika amaun teradjudikasi itu tidak dibayar dalam masa empat belas hari kalendar dari tarikh penerimaan notis itu.

Suggest a correction

(3)

Pihak yang berhasrat untuk menggantung pelaksanaan atau mengurangkan kadar kemajuan pelaksanaan di bawah subseksyen (1)

hendaklah mempunyai hak untuk menggantung pelaksanaan atau mengurangkan kadar kemajuan pelaksanaan mana-mana kerja pembinaan atau perkhidmatan rundingan pembinaan di bawah suatu kontrak pembinaan apabila tamat empat belas hari kalendar penyampaian notis yang diberikan di bawah subseksyen (2).

Suggest a correction

(4)

Pihak yang menjalankan haknya di bawah subseksyen (3)—

(b)

berhak untuk mendapat masa lanjutan yang adil dan munasabah untuk menyelesaikan obligasinya di bawah kontrak;

Suggest a correction

(c)

berhak untuk mendapatkan balik apa-apa kerugian atau perbelanjaan yang dilakukan akibat daripada penggantungan atau pengurangan kadar kemajuan pelaksanaan daripada pihak yang satu lagi; dan

Suggest a correction

(d)

hendaklah memulakan semula pelaksanaan atau kadar kemajuan pelaksanaan kerja pembinaan atau perkhidmatan rundingan pembinaan di bawah suatu kontrak pembinaan mengikut kontrak itu dalam masa sepuluh hari bekerja selepas dibayar amaun teradjudikasi atau suatu amaun yang ditentukan oleh timbang tara atau mahkamah menurut subseksyen 37(1).

Pembayaran langsung daripada prinsipal

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 30

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila diterima permintaan bertulis di bawah subseksyen (1), prinsipal hendaklah menyampaikan suatu notis secara bertulis kepada pihak yang terhadapnya keputusan adjudikasi dibuat bagi

Undang-Undang Malaysia 24

Akta 746

menunjukkan bukti pembayaran dan menyatakan bahawa bayaran langsung akan dibuat selepas tamat sepuluh hari bekerja daripada penyampaian notis itu.

Suggest a correction

(3)

Jika tiada bukti pembayaran diminta di bawah subseksyen (2), prinsipal hendaklah membayar amaun teradjudikasi kepada pihak yang memperoleh keputusan adjudikasi yang berpihak kepadanya.

Suggest a correction

(4)

Prinsipal boleh mendapatkan balik amaun yang dibayar di bawah subseksyen (3) sebagai hutang atau tolak amaun itu daripada apa-apa wang yang terhutang atau kena dibayar oleh prinsipal kepada pihak yang terhadapnya keputusan adjudikasi dibuat.

Suggest a correction

(5)

Seksyen ini hanya boleh digunakan jika wang itu terhutang atau kena dibayar oleh prinsipal kepada pihak yang terhadapnya keputusan adjudikasi dibuat pada masa penerimaan permintaan di bawah subseksyen (1).

Penjalanan serentak remedi

Suggest a correction

Seksyen 31

Open as pageSuggest a correction

(2)

Remedi yang diperuntukkan oleh Akta ini tidaklah menjejaskan hak dan remedi lain yang sedia ada dalam kontrak pembinaan atau mana-mana undang-undang bertulis, termasuk apa-apa penalti yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang bertulis.

Suggest a correction

Bahagian V

Bahagian V

Seksyen 32

Open as pageSuggest a correction

PTSKL hendaklah menjadi pihak berkuasa adjudikasi dan bertanggungjawab bagi yang berikut:

(a)

menetapkan piawaian kewibawaan dan kriteria seseorang adjudikator;

Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 25

Suggest a correction

(b)

menentukan terma pelantikan yang standard seseorang adjudikator dan fi bagi perkhidmatan seseorang adjudikator;

Suggest a correction

(c)

sokongan pentadbiran bagi penjalanan adjudikasi di bawah

Akta ini; dan

Suggest a correction

(d)

apa-apa fungsi yang dikehendaki bagi penjalanan cekap adjudikasi di bawah Akta ini.

Arahan dasar

Suggest a correction

Seksyen 33

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal undang-undang hendaklah berunding dengan Menteri sebelum membuat apa-apa arahan dasar tentang fungsi PTSKL di bawah seksyen 32.

Suggest a correction

Bahagian VI

Bahagian VI

Seksyen 34

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang adjudikator yang telah mengadjudikasikan suatu pertikaian di bawah Akta ini tidak boleh dipanggil untuk memberikan keterangan dalam mana-mana prosiding timbang tara atau mahkamah yang berkaitan dengan pertikaian yang telah diadjudikasi olehnya.

Undang-Undang Malaysia 26

Akta 746

Larangan pembayaran bersyarat

Suggest a correction

Seksyen 35

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud seksyen ini, ia adalah pembayaran bersyarat apabila—

(a)

obligasi satu pihak untuk membuat pembayaran adalah dengan syarat apabila penerimaan bayaran oleh pihak itu daripada pihak ketiga; atau

Suggest a correction

(b)

obligasi satu pihak untuk membuat pembayaran adalah dengan syarat apabila adanya dana atau penggunaan kemudahan pembiayaan pihak itu.

Peruntukan ingkar jika tiada terma pembayaran

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 36

Open as pageSuggest a correction

(a)

harga kontrak bagi kerja pembinaan atau perkhidmatan rundingan pembinaan;

Suggest a correction

(b)

apa-apa kadar lain yang dinyatakan dalam kontrak pembinaan;

Suggest a correction

(c)

apa-apa perubahan yang dipersetujui oleh pihak-pihak kepada kontrak pembinaan itu yang dengannya harga kontraknya atau apa-apa kadar lain yang dinyatakan dalam kontrak pembinaan itu hendaklah dilaraskan; dan

Suggest a correction

(d)

kos yang munasabah yang dianggarkan untuk membaiki apa-apa kecacatan atau membetulkan apa-apa ketidakpatuhan atau pengurangan dalam nilai kerja pembinaan atau perkhidmatan rundingan pembinaan yang dilaksanakan, mengikut mana-mana yang lebih munasabah.

Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 27

Suggest a correction

(2)

Jika tiada apa-apa perkara yang disebut dalam perenggan (1)(a)

hingga (d), rujukan hendaklah dibuat kepada—

(a)

fi yang ditetapkan oleh lembaga pengawalseliaan yang berkaitan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;

atau

Suggest a correction

(b)

jika tiada fi yang ditetapkan dalam perenggan (a), suatu harga atau kadar yang berpatutan dan munasabah yang ada dalam industri pembinaan pada masa kerja pembinaan atau perkhidmatan rundingan pembinaan itu dijalankan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Kekerapan bayaran kemajuan adalah—

(a)

secara bulanan, bagi kerja pembinaan dan perkhidmatan rundingan pembinaan; dan

Suggest a correction

(b)

selepas penyerahan bekalan, bagi bekalan bahan binaan, kelengkapan atau pekerja yang berkaitan dengan kontrak pembinaan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Tarikh akhir bagi pembayaran di bawah subseksyen (3)

ialah tiga puluh hari kalendar dari penerimaan invois.

Hubungan antara adjudikasi dengan proses penyelesaian pertikaian lain

Suggest a correction

Seksyen 37

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (3), rujukan kepada timbang tara atau mahkamah berkenaan dengan pertikaian yang sedang diadjudikasi tidaklah menamatkan prosiding adjudikasi itu ataupun menjejaskan prosiding adjudikasi itu.

Suggest a correction

(3)

Suatu prosiding adjudikasi tamat jika pertikaian yang sedang diadjudikasi diselesaikan melalui persetujuan secara bertulis antara pihak-pihak itu atau diputuskan oleh timbang tara atau mahkamah.

Undang-Undang Malaysia 28

Akta 746

Suggest a correction

Bahagian VII

Bahagian VII

Seksyen 38

Penyampaian notis atau mana-mana dokumen lain di bawah

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan menyerahkan notis atau dokumen kepada pihak itu sendiri;

Suggest a correction

(b)

dengan meninggalkan notis atau dokumen itu di tempat perniagaan biasa pihak itu semasa waktu urusan biasa bagi pihak itu;

Suggest a correction

(c)

dengan menyerahkan notis atau dokumen ke tempat perniagaan biasa atau tempat perniagaan yang terakhir yang diketahui melalui pos berdaftar; atau

Suggest a correction

(d)

melalui apa-apa cara lain sebagaimana yang dipersetujui secara bertulis oleh pihak-pihak itu.

Peraturan-peraturan

Suggest a correction

Seksyen 39

Akta ini hendaklah dilaksanakan kepada pihak yang hendak disampaikan—

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh, selepas menimbangkan syor PTSKL, membuat peraturan-peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan sepenuhnya atau menjalankan peruntukan Akta ini.

Seksyen 40

Pengecualian

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh, selepas menimbangkan syor PTSKL, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan—

(b)

mana-mana kontrak, perkara atau transaksi atau kelas daripadanya, daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang ditetapkan.

Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 29

Kecualian

Suggest a correction

Seksyen 41

Open as pageSuggest a correction

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh mana-mana prosiding yang berhubungan dengan apa-apa pertikaian pembayaran di bawah kontrak pembinaan yang telah dimulakan dalam mana-mana mahkamah atau timbang tara sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 30

Akta 746

Common questions

What is CONSTRUCTION INDUSTRY PAYMENT AND ADJUDICATION ACT 2012?
AKTA PEMBAYARAN DAN ADJUDIKASI INDUSTRI PEMBINAAN 2012 is Malaysia Act, cited as Act 746 2012, currently marked in force and first recorded in 2012.
Is CONSTRUCTION INDUSTRY PAYMENT AND ADJUDICATION ACT 2012 still in force?
Yes — CONSTRUCTION INDUSTRY PAYMENT AND ADJUDICATION ACT 2012 is currently in force.
When did CONSTRUCTION INDUSTRY PAYMENT AND ADJUDICATION ACT 2012 take effect?
CONSTRUCTION INDUSTRY PAYMENT AND ADJUDICATION ACT 2012 was first recorded in 2012.
How many sections does CONSTRUCTION INDUSTRY PAYMENT AND ADJUDICATION ACT 2012 have?
CONSTRUCTION INDUSTRY PAYMENT AND ADJUDICATION ACT 2012 contains 41 sections.
What amends CONSTRUCTION INDUSTRY PAYMENT AND ADJUDICATION ACT 2012?
CONSTRUCTION INDUSTRY PAYMENT AND ADJUDICATION ACT 2012 has been amended by AKTA PEMBAYARAN DAN ADJUDIKASI INDUSTRI PEMBINAAN (PINDAAN) 2024.
Where can I read the official version of CONSTRUCTION INDUSTRY PAYMENT AND ADJUDICATION ACT 2012?
The official text of CONSTRUCTION INDUSTRY PAYMENT AND ADJUDICATION ACT 2012 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA PEMBAYARAN DAN ADJUDIKASI INDUSTRI PEMBINAAN 2012 (No. 746)