Malaysia legislation

Section 19

of AKTA PEMBAYARAN DAN ADJUDIKASI INDUSTRI PEMBINAAN 2012

Seksyen 19

(2)

Jika pihak-pihak dan adjudikator tidak bersetuju dengan terma pelantikan dan fi adjudikator, terma pelantikan dan fi standard PTSKL bagi adjudikator hendaklah terpakai.

(3)

Pihak-pihak kepada adjudikasi adalah bertanggungan bersesama dan berasingan untuk membayar fi dan perbelanjaan adjudikator dan adjudikator boleh mendapatkan balik fi dan perbelanjaan yang kena dibayar itu sebagai hutang.

(4)

Pihak-pihak itu hendaklah menyumbang dan mendeposit dengan Pengarah PTSKL suatu perkadaran fi yang munasabah dalam bahagian yang sama rata sebagaimana yang diarahkan oleh adjudikator terlebih dahulu sebagai jaminan.

(5)

Sebelum memberikan keputusan adjudikasi kepada pihak-pihak, adjudikator boleh menghendaki bayaran penuh fi dan perbelanjaan untuk didepositkan dengan Pengarah PTSKL.

(6)

Seseorang adjudikator tidak berhak kepada apa-apa fi atau perbelanjaan yang berhubungan dengan adjudikasi jika adjudikator gagal untuk memutuskan pertikaian dalam tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen 12(2) kecuali apabila kelewatan dalam membuat keputusan itu disebabkan kegagalan pihak-pihak untuk mendepositkan bayaran penuh fi dan perbelanjaan dengan Pengarah

PTSKL di bawah subseksyen (5).

Kerahsiaan adjudikasi