Malaysia legislation

Section 20

of AKTA PEMBAYARAN DAN ADJUDIKASI INDUSTRI PEMBINAAN 2012

Seksyen 20

Adjudikator dan mana-mana pihak kepada pertikaian itu tidak boleh menzahirkan apa-apa pernyataan, pengakuan atau dokumen yang dibuat atau dikemukakan bagi maksud adjudikasi kepada orang lain kecuali—

(a)

dengan persetujuan pihak yang satu lagi;

(b)

setakat yang maklumat itu telah berada dalam domain awam;

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 746

(c)

setakat yang penzahiran itu adalah perlu bagi maksud penguatkuasaan keputusan adjudikasi atau mana-mana prosiding dalam timbang tara atau mahkamah; atau

(d)

setakat yang penzahiran itu dikehendaki bagi apa-apa maksud di bawah Akta ini atau selainnya dikehendaki dalam mana-mana undang-undang bertulis.