Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
Seseorang adjudikator boleh dilantik dengan cara yang berikut:
(a)
melalui persetujuan pihak-pihak dalam pertikaian dalam masa sepuluh hari bekerja dari penyampaian notis adjudikasi oleh pihak yang menuntut; atau
(b)
oleh Pengarah PTSKL—
(i)
atas permintaan mana-mana satu pihak dalam pertikaian jika tiada persetujuan pihak-pihak di bawah perenggan (a); atau
(ii)
atas permintaan pihak-pihak dalam pertikaian.
Pelantikan adjudikator oleh pihak-pihak