Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
Adjudikator hendaklah pada masa penerimaan pelantikan sebagai adjudikator membuat suatu perisytiharan secara bertulis bahawa–
(a)
tidak terdapat percanggahan kepentingan berkenaan dengan pelantikannya;
(b)
dia hendaklah bertindak dengan bebas, saksama dan tepat pada masanya dan mengelakkan daripada melakukan perbelanjaan yang tidak perlu;
(c)
dia hendaklah mematuhi prinsip keadilan asasi; dan
(d)
tidak terdapat apa-apa hal keadaan yang berkemungkinan menimbulkan keraguan yang boleh diwajarkan berkenaan dengan kesaksamaan dan kebebasan adjudikator itu.
Undang-Undang Malaysia 20
Akta 746
Kuasa adjudikator