Malaysia legislation
Section 25
Seksyen 25
Adjudikator hendaklah mempunyai kuasa untuk—
(a)
menentukan tatacara dalam menjalankan prosiding adjudikasi termasuklah mengehadkan pengemukaan dokumen oleh pihak-pihak itu;
(b)
memerintahkan penzahiran dan pengemukaan dokumen;
(c)
menetapkan tarikh akhir bagi pengemukaan dokumen;
(d)
menggunakan pengetahuannya dan kepakarannya sendiri;
(e)
melantik pakar bebas untuk menyiasat dan melaporkan tentang perkara khusus dengan persetujuan pihak-pihak;
(f)
memanggil mesyuarat dengan pihak-pihak itu;
(g)
mengadakan apa-apa pendengaran dan mengehadkan masa pendengaran itu;
(h)
menjalankan pemeriksaan tapak, kerja, bahan atau barang-barang yang berhubungan dengan pertikaian itu termasuk pendedahan apa-apa kerja yang telah dilaksanakan;
(i)
mengambil inisiatif untuk membuat penyiasatan secara aktif bagi menentukan fakta dan undang-undang yang dikehendaki bagi keputusan itu;
(j)
mengeluarkan apa-apa arahan yang perlu atau suai manfaat;
(k)
memerintahkan supaya interogatori untuk dijawab;
(l)
memerintahkan supaya apa-apa keterangan diberikan dengan sumpah;
(m)
mengkaji semula dan menyemak mana-mana perakuan yang dikeluarkan atau yang hendak dikeluarkan menurut kontrak kerja pembinaan, keputusan, arahan, pandangan atau penilaian pihak-pihak atau pentadbir kontrak yang berkaitan dengan pertikaian itu;
(n)
memutuskan atau mengisytiharkan mengenai apa-apa perkara walaupun tiada perakuan dikeluarkan berkenaan dengan perkara itu;
Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 21
(o)
mengawardkan kos pembiayaan dan faedahnya; dan
(p)
melanjutkan apa-apa had masa yang dikenakan ke atas pihak-pihak di bawah Akta ini sebagaimana yang semunasabahnya dikehendaki.
Kuasa adjudikator tidak terjejas oleh ketidakpatuhan