Malaysia legislation
Section 29
Seksyen 29
(2)
Pihak yang berhasrat untuk menggantung pelaksanaan atau mengurangkan kadar kemajuan pelaksanaan itu di bawah subseksyen (1) hendaklah memberikan notis bertulis tentang niat untuk menggantung pelaksanaan atau mengurangkan kadar
Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 23
kemajuan pelaksanaan kepada pihak yang satu lagi jika amaun teradjudikasi itu tidak dibayar dalam masa empat belas hari kalendar dari tarikh penerimaan notis itu.
(3)
Pihak yang berhasrat untuk menggantung pelaksanaan atau mengurangkan kadar kemajuan pelaksanaan di bawah subseksyen (1)
hendaklah mempunyai hak untuk menggantung pelaksanaan atau mengurangkan kadar kemajuan pelaksanaan mana-mana kerja pembinaan atau perkhidmatan rundingan pembinaan di bawah suatu kontrak pembinaan apabila tamat empat belas hari kalendar penyampaian notis yang diberikan di bawah subseksyen (2).
(4)
Pihak yang menjalankan haknya di bawah subseksyen (3)—
(a)
tidaklah melanggar kontrak;
(b)
berhak untuk mendapat masa lanjutan yang adil dan munasabah untuk menyelesaikan obligasinya di bawah kontrak;
(c)
berhak untuk mendapatkan balik apa-apa kerugian atau perbelanjaan yang dilakukan akibat daripada penggantungan atau pengurangan kadar kemajuan pelaksanaan daripada pihak yang satu lagi; dan
(d)
hendaklah memulakan semula pelaksanaan atau kadar kemajuan pelaksanaan kerja pembinaan atau perkhidmatan rundingan pembinaan di bawah suatu kontrak pembinaan mengikut kontrak itu dalam masa sepuluh hari bekerja selepas dibayar amaun teradjudikasi atau suatu amaun yang ditentukan oleh timbang tara atau mahkamah menurut subseksyen 37(1).
Pembayaran langsung daripada prinsipal