Malaysia legislation
Section 30
Seksyen 30
(2)
Apabila diterima permintaan bertulis di bawah subseksyen (1), prinsipal hendaklah menyampaikan suatu notis secara bertulis kepada pihak yang terhadapnya keputusan adjudikasi dibuat bagi
Undang-Undang Malaysia 24
Akta 746
menunjukkan bukti pembayaran dan menyatakan bahawa bayaran langsung akan dibuat selepas tamat sepuluh hari bekerja daripada penyampaian notis itu.
(3)
Jika tiada bukti pembayaran diminta di bawah subseksyen (2), prinsipal hendaklah membayar amaun teradjudikasi kepada pihak yang memperoleh keputusan adjudikasi yang berpihak kepadanya.
(4)
Prinsipal boleh mendapatkan balik amaun yang dibayar di bawah subseksyen (3) sebagai hutang atau tolak amaun itu daripada apa-apa wang yang terhutang atau kena dibayar oleh prinsipal kepada pihak yang terhadapnya keputusan adjudikasi dibuat.
(5)
Seksyen ini hanya boleh digunakan jika wang itu terhutang atau kena dibayar oleh prinsipal kepada pihak yang terhadapnya keputusan adjudikasi dibuat pada masa penerimaan permintaan di bawah subseksyen (1).
Penjalanan serentak remedi