Malaysia legislation
Section 36
Seksyen 36
(a)
harga kontrak bagi kerja pembinaan atau perkhidmatan rundingan pembinaan;
(b)
apa-apa kadar lain yang dinyatakan dalam kontrak pembinaan;
(c)
apa-apa perubahan yang dipersetujui oleh pihak-pihak kepada kontrak pembinaan itu yang dengannya harga kontraknya atau apa-apa kadar lain yang dinyatakan dalam kontrak pembinaan itu hendaklah dilaraskan; dan
(d)
kos yang munasabah yang dianggarkan untuk membaiki apa-apa kecacatan atau membetulkan apa-apa ketidakpatuhan atau pengurangan dalam nilai kerja pembinaan atau perkhidmatan rundingan pembinaan yang dilaksanakan, mengikut mana-mana yang lebih munasabah.
Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 27
(2)
Jika tiada apa-apa perkara yang disebut dalam perenggan (1)(a)
hingga (d), rujukan hendaklah dibuat kepada—
(a)
fi yang ditetapkan oleh lembaga pengawalseliaan yang berkaitan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
atau
(b)
jika tiada fi yang ditetapkan dalam perenggan (a), suatu harga atau kadar yang berpatutan dan munasabah yang ada dalam industri pembinaan pada masa kerja pembinaan atau perkhidmatan rundingan pembinaan itu dijalankan.
(3)
Kekerapan bayaran kemajuan adalah—
(a)
secara bulanan, bagi kerja pembinaan dan perkhidmatan rundingan pembinaan; dan
(b)
selepas penyerahan bekalan, bagi bekalan bahan binaan, kelengkapan atau pekerja yang berkaitan dengan kontrak pembinaan.
(4)
Tarikh akhir bagi pembayaran di bawah subseksyen (3)
ialah tiga puluh hari kalendar dari penerimaan invois.
Hubungan antara adjudikasi dengan proses penyelesaian pertikaian lain