Malaysia legislation

Section 4

of AKTA PEMBAYARAN DAN ADJUDIKASI INDUSTRI PEMBINAAN 2012

Seksyen 4

Tafsiran

“adjudikator” ertinya seseorang individu yang dilantik untuk mengadjudikasi suatu pertikaian di bawah Akta ini;

“bayaran” ertinya bayaran bagi kerja yang telah dilaksanakan atau perkhidmatan yang diberikan di bawah terma kontrak pembinaan yang nyata;

“hari bekerja” ertinya suatu hari kalendar tetapi tidak termasuk hujung minggu dan cuti am yang terpakai bagi Negeri atau Wilayah

Persekutuan di mana tapak itu terletak;

“keputusan adjudikasi” ertinya keputusan yang dibuat oleh adjudikator di bawah subseksyen 12(2);

“Kerajaan” ertinya Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri;

“kerja pembinaan” ertinya pembinaan, penyambungan, pemasangan, pembaikan, penyenggaraan, pembaharuan, pemindahan, pengubahsuaian, pengubahan, perombakan atau perobohan—

(a)

mana-mana bangunan, binaan, bangunan besar, struktur, dinding, pagar atau cerobong, sama ada dibina keseluruhannya atau sebahagiannya di atas atau di bawah paras bumi;

Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 9

(b)

mana-mana jalan, kerja pelabuhan, landasan kereta api, talian kabel, terusan atau padang terbang;

(c)

apa-apa kerja saliran, pengairan atau kawalan sungai;

(d)

apa-apa kerja elektrik, mekanikal, air, gas, minyak, petrokimia atau telekomunikasi; atau

(e)

mana-mana jambatan, jejambat, empangan, takungan, kerja tanah, talian paip, salur najis, akueduk, pembetung, pemacu, syaf, terowong atau kerja-kerja penebusgunaan, dan termasuklah—

(A)

apa-apa kerja yang menjadi bahagian yang penting, atau adalah persediaan atau sementara bagi kerja yang diperihalkan dalam perenggan (a) hingga (e), termasuklah pembersihan tapak, penyelidikan dan pembaikan tanah, pemindahan tanah, penggalian, peletakan batu asas, pemulihan tapak dan lanskap; dan

(B)

pemerolehan bahan binaan, kelengkapan atau pekerja, yang semestinya diperlukan bagi mana-mana kerja yang diperihalkan dalam perenggan (a) hingga (e);

“kontrak kerja pembinaan” ertinya suatu kontrak untuk menjalankan kerja pembinaan;

“kontrak pembinaan” ertinya suatu kontrak kerja pembinaan atau kontrak rundingan pembinaan;

“kontrak rundingan pembinaan” ertinya suatu kontrak untuk menjalankan perkhidmatan rundingan berhubung dengan kerja pembinaan dan termasuk kajian perancangan dan kebolehlaksanaan, kerja kesenibinaan, kejuruteraan, pengukuran bahan, hiasan luaran dan dalaman, lanskap dan perkhidmatan pengurusan projek;

“Mahkamah Tinggi” ertinya Mahkamah Tinggi di Malaya atau

Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tangggungjawab bagi kerja raya;

“pentadbir kontrak” ertinya seorang arkitek, jurutera, pegawai penyelia atau orang lain tidak kira bagaimana jua sekalipun dipanggil yang mentadbir kontrak kerja pembinaan;

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 746

“pihak yang menuntut” ertinya seseorang pihak yang terkilan dalam kontrak pembinaan yang memulakan prosiding adjudikasi;

“pihak yang tidak dibayar” ertinya pihak yang menuntut pembayaran sejumlah wang yang tidak dibayar sepenuhnya atau sebahagiannya di bawah suatu kontrak pembinaan;

“pihak yang tidak membayar” ertinya suatu pihak yang terhadapnya suatu tuntutan pembayaran dibuat menurut suatu kontrak pembinaan;

“prinsipal” ertinya suatu pihak yang telah berkontrak dengan dan bertanggungan untuk membuat pembayaran kepada pihak yang satu lagi yang selepas itu pihak yang satu lagi itu berkontrak dengan dan bertanggungan untuk membuat pembayaran kepada orang selanjutnya dalam suatu rantaian kontrak pembinaan;

“prosiding adjudikasi” ertinya proses adjudikasi di bawah Akta ini;

“PTSKL” ertinya Pusat Timbang Tara Serantau Kuala

Lumpur;

“responden” ertinya orang yang padanya notis adjudikasi dan tuntutan adjudikasi telah disampaikan;

“tapak” ertinya tempat di mana kerja pembinaan terletak sama ada di darat atau di luar pesisir.