Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
Ketua Pengarah boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan
Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, menyediakan peruntukan atau bantuan kewangan kepada sesuatu Jawatankuasa Kawasan Rukun
Tetangga sebagaimana yang dikehendakinya untuk menjalankan mana-mana fungsi dan tugasnya di bawah Akta ini, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Menteri.