/akn/my/act/act/2012/751

*AKTA RUKUN TETANGGA 2012

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2012
Last amended
2026
Sections
34
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA RUKUN TETANGGA 2012 is Malaysia Act, cited as Act 751 2012, currently marked in force and first recorded in 2012.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk membuat peruntukan yang berhubungan dengan Rukun Tetangga dan Skim Rondaan Sukarela dan bagi perkara yang berkaitan dengannya. [22 Jun 2012] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga” ertinya Jawatankuasa

Kawasan Rukun Tetangga yang dilantik di bawah seksyen 7;

“Jawatankuasa Penyelaras dan Penasihat Rukun Tetangga” ertinya

Jawatankuasa Penyelaras dan Penasihat Rukun Tetangga yang ditubuhkan di bawah seksyen 14;

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 751

“Kawasan” ertinya Kawasan Rukun Tetangga yang ditetapkan oleh

Ketua Pengarah di bawah seksyen 5;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Rukun Tetangga yang dilantik di bawah subseksyen 3(1);

“majikan” ertinya orang atau kumpulan orang, sama ada pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan, yang mengupah atau mengambil perkhidmatan seseorang atau orang bagi upah atau gaji di bawah kontrak pekerjaan, dan termasuklah Kerajaan

Malaysia, Kerajaan Negeri dan mana-mana pihak berkuasa berkanun atau tempatan;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi Rukun Tetangga;

“pekerja” ertinya seseorang yang merupakan seorang warganegara dan diupah atau diambil oleh seseorang majikan untuk upah atau gaji, sama ada atau tidak termasuk dalam takrif dalam Akta Kerja 1955

[Akta 265], Ordinan Buruh Sabah [Bab 67] atau Ordinan Buruh

Sarawak [Bab 76], dan termasuklah mana-mana orang yang memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun atau tempatan;

“pemastautin”

ertinya mana-mana orang yang biasanya bermastautin di dalam suatu Kawasan dan termasuklah seseorang yang telah bermastautin di dalam suatu Kawasan secara berterusan bagi suatu tempoh yang melebihi tiga puluh hari;

“Pengarah” ertinya Pengarah Rukun Tetangga dan termasuklah

Ketua Pengarah Rukun Tetangga, Timbalan Ketua Pengarah Rukun

Tetangga, Timbalan Pengarah Rukun Tetangga dan Penolong

Pengarah Rukun Tetangga yang dilantik oleh Menteri di bawah subseksyen 3(2);

“Pusat Kawasan” ertinya mana-mana premis yang disediakan oleh

Ketua Pengarah di bawah seksyen 6;

Rukun Tetangga 7

“Skim Rondaan Sukarela” ertinya suatu skim yang diluluskan oleh

Ketua Pengarah di bawah seksyen 15.

Bahagian II

BAHAGIAN II

RUKUN TETANGGA

Suggest a correction

Pelantikan Ketua Pengarah Rukun Tetangga dan pegawai lain

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri boleh melantik daripada anggota perkhidmatan awam, apa-apa bilangan Timbalan Ketua Pengarah Rukun Tetangga,

Pengarah Rukun Tetangga, Timbalan Pengarah Rukun Tetangga,

Penolong Pengarah Rukun Tetangga dan mana-mana pegawai lain yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantu Ketua

Pengarah dalam melaksanakan kewajipannya di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Seseorang yang dilantik di bawah subseksyen (2) adalah tertakluk kepada arahan dan kawalan Ketua Pengarah.

Kuasa untuk mewakilkan

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu pewakilan yang dibuat di bawah subseksyen (1) adalah tertakluk kepada apa-apa batasan sebagaimana yang ditetapkan oleh

Pengarah dalam surat cara pewakilan itu.

Suggest a correction

(3)

Suatu pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang seseorang Pengarah sendiri daripada menjalankan pada bila-bila masa mana-mana kuasa yang diwakilkan itu.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 751

Penetapan Kawasan Rukun Tetangga

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

Ketua Pengarah boleh, melalui notis yang diiklankan mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut, menetapkan mana-mana kawasan menjadi suatu Kawasan Rukun Tetangga.

Seksyen 6

Pusat Kawasan

Open as pageSuggest a correction

Ketua Pengarah boleh menyediakan apa-apa premis yang difikirkannya patut sebagai suatu Pusat Kawasan untuk kegunaan

Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga.

Seksyen 7

Pelantikan Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pengarah hendaklah, selepas berunding dengan anggota

Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga, melantik dari kalangan anggota Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga—

Suggest a correction

(3)

Seseorang tidak layak dilantik sebagai anggota Jawatankuasa

Kawasan Rukun Tetangga jika—

(c)

dia telah disabitkan atas suatu kesalahan dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit atau kedua-duanya;

Suggest a correction

(d)

dia bukan warganegara atau pemastautin tetap; atau

Suggest a correction

(e)

dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk melaksanakan kewajipannya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Seseorang anggota Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan layak untuk dilantik semula apabila habis tempoh jawatannya, tetapi tidak boleh dilantik untuk lebih daripada tiga penggal berturut-turut melainkan dengan kelulusan Ketua Pengarah.

Fungsi dan tugas Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga hendaklah mempunyai fungsi dan tugas yang berikut:

(a)

untuk menjalankan apa-apa akitiviti bagi meningkatkan dan mengukuhkan semangat kejiranan, perpaduan, muhibah, keharmonian, keselesaan, keamanan, kerjasama, keselamatan, kebajikan, kesihatan, kesejahteraan ekonomi dan kualiti hidup di kalangan anggota masyarakat;

Suggest a correction

(b)

untuk menerima maklumat mengenai, untuk memerhati dan menyiasat, semua isu mengenai konflik masyarakat di dalam

Kawasan dan melaporkan maklumat, pemerhatian dan penyiasatan itu kepada Pengarah;

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 751

Suggest a correction

(c)

untuk mengambil apa-apa langkah yang perlu atau wajar untuk membolehkan pemastautin melindungi diri mereka terhadap apa-apa aktiviti jenayah atau bencana;

Suggest a correction

(d)

untuk menyediakan pengantaraan dalam masyarakat bagi maksud pendamaian atau selainnya menyelesaikan apa-apa pertikaian atau perselisihan di kalangan anggota masyarakat;

dan

Suggest a correction

(e)

untuk menjalankan apa-apa fungsi atau tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa.

Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang anggota Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga yang dilantik di bawah subseksyen 7(2) boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis kepada Pengarah.

Pembatalan penetapan Kawasan Rukun Tetangga dan pembubaran

Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika penetapan Kawasan Rukun Tetangga telah dibatalkan di bawah subseksyen (1), Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga bagi

Kawasan itu hendaklah terbubar serta-merta.

Rukun Tetangga 11

Peruntukan atau bantuan kewangan kepada Jawatankuasa

Kawasan Rukun Tetangga

Suggest a correction

Seksyen 11

Ketua Pengarah boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan

Open as pageSuggest a correction

Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, menyediakan peruntukan atau bantuan kewangan kepada sesuatu Jawatankuasa Kawasan Rukun

Tetangga sebagaimana yang dikehendakinya untuk menjalankan mana-mana fungsi dan tugasnya di bawah Akta ini, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Menteri.

Seksyen 12

Kuasa untuk mengutip atau menerima wang

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga dalam mengutip atau menerima wang di bawah subseksyen (1) adalah tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang dikenakan oleh Ketua Pengarah.

Akaun bank

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jawatankuasa

Kawasan

Rukun

Tetangga hendaklah menyebabkan akaun dan rekod aktivitinya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.

Suggest a correction

(3)

Penyata akaun bagi Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga hendaklah diperiksa setiap tahun oleh dua orang pemastautin yang dilantik dari kalangan dan oleh pemastautin dalam Kawasan itu.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 751

Penubuhan Jawatankuasa Penyelaras dan Penasihat Rukun

Tetangga

Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

(3)

Penubuhan Jawatankuasa Penyelaras dan Penasihat Rukun

Tetangga di bawah subseksyen (1) boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri.

Suggest a correction

Bahagian III

BAHAGIAN III

SKIM RONDAAN SUKARELA

Suggest a correction

Permohonan untuk menjalankan Skim Rondaan Sukarela

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika permohonan di bawah subseksyen (1) diluluskan oleh

Ketua Pengarah, Ketua Pengarah hendaklah menyampaikan kelulusan itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga bagi pelaksanaan Skim Rondaan Sukarela.

Perjalanan Skim Rondaan Sukarela

Suggest a correction

Seksyen 16

Rukun Tetangga 13

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika perjalanan Skim Rondaan Sukarela itu tidak dimulakan dalam tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (1), kelulusan di bawah seksyen 15 hendaklah luput.

Suggest a correction

(3)

Jawatankuasa

Kawasan

Rukun

Tetangga adalah bertanggungjawab bagi Skim Rondaan Sukarela di dalam Kawasan itu.

Keanggotaan Skim Rondaan Sukarela

Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang anggota Skim Rondaan Sukarela boleh pada bila-bila masa menarik diri daripada Skim dengan memberikan notis bertulis yang dialamatkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kawasan Rukun

Tetangga.

Suggest a correction

(3)

Keanggotaan seseorang anggota Skim Rondaan Sukarela boleh pada bila-bila masa ditamatkan oleh Pengarah.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 751

Tugas anggota Skim Rondaan Sukarela

Suggest a correction

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

(a)

tugas meronda di dalam Kawasan sebagaimana yang ditentukan oleh Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga;

Suggest a correction

(b)

tugas mengawal di Pusat Kawasan pada apa-apa waktu sebagaimana yang ditentukan oleh Pengarah; dan

Suggest a correction

(c)

tugas mengawal di mana-mana premis, tempat atau lokasi di dalam Kawasan sebagaimana yang dikehendaki oleh

Pengarah.

Suggest a correction

(2)

Seseorang anggota Skim Rondaan Sukarela yang menjalankan tugas meronda atau tugas mengawal hendaklah menjalankan tugasnya dalam kumpulan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua anggota dalam satu kumpulan.

Suggest a correction

(3)

Seseorang anggota Skim Rondaan Sukarela hendaklah menjalankan tugas meronda atau tugas mengawal tidak lebih daripada dua kali dalam satu bulan.

Tatakelakuan anggota Skim Rondaan Sukarela

Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan sengaja memberikan maklumat palsu mengenai apa-apa perkara;

Suggest a correction

(b)

melanggar perintah atau arahan sah Pengarah atau

Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga;

Suggest a correction

(c)

melakukan apa-apa perbuatan yang lucah, buruk atau menghina;

Rukun Tetangga 15

Suggest a correction

(d)

menggunakan bahasa yang lucah, buruk atau menghina;

Suggest a correction

(e)

bertindak secara tidak bertanggungjawab seperti tidur, berjudi atau berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah;

Suggest a correction

(g)

melakukan apa-apa perbuatan yang memudaratkan kebajikan Kawasan itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Masa rehat atau pelepasan waktu bekerja dengan bergaji

Suggest a correction

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

(2)

Masa rehat atau pelepasan waktu bekerja dengan bergaji di bawah subseksyen (1)—

(a)

hendaklah diberikan mengikut tempoh masa sebenar tugas meronda atau tugas mengawal pada sebelah pagi pada hari itu;

Suggest a correction

(b)

tidak boleh dibawa pada sebelah petang pada hari itu atau pada hari yang berikutnya;

Suggest a correction

(c)

hendaklah bermula pada waktu bekerja biasa pekerja itu atau mengikut apa-apa perkiraan lain yang dipersetujui oleh

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 751

majikan selepas berunding dengan Pengerusi Jawatankuasa

Kawasan Rukun Tetangga;

Suggest a correction

(d)

tidak boleh dikumpulkan untuk disifatkan sebagai cuti; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Walau apa pun subseksyen 18(3), seseorang pekerja boleh menjalankan tugas meronda atau tugas mengawal lebih daripada dua kali dalam satu bulan atas permintaan Pengerusi Jawatankuasa

Kawasan Rukun Tetangga dan dengan persetujuan bertulis majikan terlebih dahulu dan dalam hal itu pekerja itu berhak untuk diberi masa rehat atau pelepasan waktu bekerja dengan bergaji mengikut subseksyen (2) dan (3).

Pembatalan Skim Rondaan Sukarela

Suggest a correction

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

Ketua Pengarah boleh, melalui notis yang diiklankan mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut, membatalkan kelulusan bagi mana-mana Skim Rondaan Sukarela di bawah seksyen 15.

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

PELBAGAI

Suggest a correction

Pergabungan aktiviti Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

(a)

jika difikirkan perlu atau suai manfaat untuk berbuat demikian; atau

Suggest a correction

(b)

jika Pengarah mengarahkan secara bertulis supaya

Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga itu bertindak secara pergabungan mengikut dan setakat yang dinyatakan oleh Pengarah dalam arahan itu.

Rukun Tetangga 17

Suggest a correction

(2)

Jika Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga bagi dua Kawasan atau lebih memikirkan bahawa dalam pergabungan aktiviti-aktiviti mereka itu adalah perlu bagi semua atau mana-mana Jawatankuasa

Kawasan Rukun Tetangga atau anggota Skim Rondaan Sukarela semasa menjalankan tugas meronda atau tugas mengawal, untuk melaksanakan fungsi atau tugas dalam Kawasan atau Kawasan-Kawasan selain Kawasan mereka masing-masing, adalah sah di sisi undang-undang untuk mereka berbuat demikian tertakluk kepada arahan bertulis yang diberikan oleh Pengarah.

Pekerja tidak boleh mengalami kehilangan saraan atau apa-apa kemudaratan

Suggest a correction

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa persoalan tentang apa-apa kehilangan saraan yang dialami oleh pekerja yang termasuk dalam takrif di bawah Jadual

Pertama Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sabah atau Ordinan Buruh

Sarawak atau pekerja yang tidak termasuk dalam takrif Akta atau

Ordinan itu yang gajinya sebulan melebihi dua ribu lima ratus ringgit tetapi tidak melebihi lima ribu ringgit hendaklah diputuskan oleh

Ketua Pengarah.

Suggest a correction

(3)

Bagi maksud seksyen ini, Ketua Pengarah ertinya—

(a)

berkenaan dengan Semenanjung Malaysia, Ketua Pengarah

Tenaga Kerja yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Akta

Kerja 1955;

Suggest a correction

(b)

berkenaan dengan Sabah, Pengarah Tenaga Kerja yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Ordinan Buruh Sabah;

dan

Suggest a correction

(c)

berkenaan dengan Sarawak, Pengarah Tenaga Kerja yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Ordinan Buruh Sarawak.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 751

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Apa-apa persoalan tentang sama ada seseorang pekerja, selain mana-mana orang yang memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun atau tempatan, telah mengalami apa-apa kemudaratan hendaklah diputuskan oleh seseorang

Pengarah dan keputusan Pengarah itu adalah muktamad.

Kad pengenalan

Suggest a correction

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila anggota Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga atau anggota Skim Rondaan Sukarela menjalankan mana-mana kuasa di bawah Akta ini, dia hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada orang yang terhadapnya kuasa itu sedang dijalankan, kad pengenalan yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (1).

Kuasa untuk menghentikan dan memeriksa

Suggest a correction

Seksyen 25

Open as pageSuggest a correction

Jika seseorang anggota Skim Rondaan Sukarela semasa menjalankan tugas meronda atau tugas mengawal mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa keselamatan pemastautin di dalam Kawasan itu terjejas, dia boleh menghentikan dan menjalankan pemeriksaan ke atas mana-mana orang, kenderaan atau apa-apa pengangkutan yang memasuki Kawasannya.

Seksyen 26

Penyamaran

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang berpura-pura menjadi, atau secara salah menyamar sebagai, seseorang yang berhak untuk melaksanakan apa-apa fungsi atau tugas atau menjalankan apa-apa kuasa di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Rukun Tetangga 19

Seksyen 27

Pernyataan palsu

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang, dalam memberikan apa-apa maklumat bagi maksud Akta ini, dengan disedarinya atau dengan melulu membuat apa-apa pernyataan yang palsu mengenai sesuatu butir matan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 28

Perlindungan terhadap tindakan guaman dan prosiding undang-undang

Open as pageSuggest a correction

Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap seseorang Pengarah, seseorang anggota

Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga, seseorang anggota

Jawatankuasa Penyelaras dan Penasihat Rukun Tetangga, seseorang anggota Skim Rondaan Sukarela dan seseorang pegawai berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan olehnya dengan suci hati atas sifat yang sedemikian.

Seksyen 29

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

Open as pageSuggest a correction

hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap seseorang

Pengarah, seseorang anggota

Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga, seseorang anggota

Jawatankuasa Penyelaras dan Penasihat Rukun Tetangga, seseorang anggota Skim Rondaan Sukarela dan seseorang pegawai berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan olehnya dengan suci hati atas sifat yang sedemikian.

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 751

Seksyen 30

Kuasa untuk memberikan arahan

Open as pageSuggest a correction

Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga, selaras dengan peruntukan

Akta ini, yang berhubungan dengan pelaksanaan fungsi dan tugas

Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga, dan Jawatankuasa itu hendaklah melaksanakan segala arahan yang diberikan itu.

Seksyen 31

Kuasa untuk mengeluarkan garis panduan, pekeliling dan arahan

Open as pageSuggest a correction

Ketua Pengarah boleh mengeluarkan apa-apa garis panduan, pekeliling atau arahan yang perlu atau suai manfaat bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.

Seksyen 32

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh membuat apa-apa peraturan-peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi maksud melaksanakan atau menguatkuasakan peruntukan Akta ini.

Seksyen 33

Peruntukan kecualian

Open as pageSuggest a correction

(2)

Semua penetapan Kawasan, pelantikan Jawatankuasa Kawasan

Rukun Tetangga, kelulusan Skim Rondaan Sukarela dan pelantikan anggota Skim Rondaan Sukarela yang dibuat sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah diteruskan di bawah Akta ini dan tertakluk kepada peruntukan Akta ini seolah-olah penetapan, pelantikan dan kelulusan itu telah dibuat di bawah Akta ini.

Rukun Tetangga 21

Penerusan perbuatan dan tindakan

Suggest a correction

Seksyen 34

Apa-apa perbuatan yang dibuat atau tindakan yang diambil oleh

Open as pageSuggest a correction

Ketua Pengarah atau mana-mana Pengarah sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan telah dibuat atau diambil, dan boleh diteruskan dengan sewajarnya oleh Ketua Pengarah atau

Pengarah itu, di bawah Akta ini.

22

Akta 751

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

- TIADA -

23

Akta 751

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

- TIADA -

Common questions

What is AKTA RUKUN TETANGGA 2012?
*AKTA RUKUN TETANGGA 2012 is Malaysia Act, cited as Act 751 2012, currently marked in force and first recorded in 2012.
Is AKTA RUKUN TETANGGA 2012 still in force?
Yes — AKTA RUKUN TETANGGA 2012 is currently in force.
When did AKTA RUKUN TETANGGA 2012 take effect?
AKTA RUKUN TETANGGA 2012 was first recorded in 2012.
How many sections does AKTA RUKUN TETANGGA 2012 have?
AKTA RUKUN TETANGGA 2012 contains 34 sections.
What amends AKTA RUKUN TETANGGA 2012?
AKTA RUKUN TETANGGA 2012 has been amended by AKTA RUKUN TETANGGA (PINDAAN) 2026.
Where can I read the official version of AKTA RUKUN TETANGGA 2012?
The official text of AKTA RUKUN TETANGGA 2012 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA RUKUN TETANGGA 2012 (No. 751) | mylaw.my