Malaysia legislation

Section 28

of *AKTA RUKUN TETANGGA 2012

Seksyen 28

Perlindungan terhadap tindakan guaman dan prosiding undang-undang

Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap seseorang Pengarah, seseorang anggota

Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga, seseorang anggota

Jawatankuasa Penyelaras dan Penasihat Rukun Tetangga, seseorang anggota Skim Rondaan Sukarela dan seseorang pegawai berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan olehnya dengan suci hati atas sifat yang sedemikian.

Section 28 — AKTA RUKUN TETANGGA 2012 | mylaw.my