Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA RUKUN TETANGGA 2012

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga” ertinya Jawatankuasa

Kawasan Rukun Tetangga yang dilantik di bawah seksyen 7;

“Jawatankuasa Penyelaras dan Penasihat Rukun Tetangga” ertinya

Jawatankuasa Penyelaras dan Penasihat Rukun Tetangga yang ditubuhkan di bawah seksyen 14;

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 751

“Kawasan” ertinya Kawasan Rukun Tetangga yang ditetapkan oleh

Ketua Pengarah di bawah seksyen 5;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Rukun Tetangga yang dilantik di bawah subseksyen 3(1);

“majikan” ertinya orang atau kumpulan orang, sama ada pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan, yang mengupah atau mengambil perkhidmatan seseorang atau orang bagi upah atau gaji di bawah kontrak pekerjaan, dan termasuklah Kerajaan

Malaysia, Kerajaan Negeri dan mana-mana pihak berkuasa berkanun atau tempatan;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi Rukun Tetangga;

“pekerja” ertinya seseorang yang merupakan seorang warganegara dan diupah atau diambil oleh seseorang majikan untuk upah atau gaji, sama ada atau tidak termasuk dalam takrif dalam Akta Kerja 1955

[Akta 265], Ordinan Buruh Sabah [Bab 67] atau Ordinan Buruh

Sarawak [Bab 76], dan termasuklah mana-mana orang yang memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun atau tempatan;

“pemastautin”

ertinya mana-mana orang yang biasanya bermastautin di dalam suatu Kawasan dan termasuklah seseorang yang telah bermastautin di dalam suatu Kawasan secara berterusan bagi suatu tempoh yang melebihi tiga puluh hari;

“Pengarah” ertinya Pengarah Rukun Tetangga dan termasuklah

Ketua Pengarah Rukun Tetangga, Timbalan Ketua Pengarah Rukun

Tetangga, Timbalan Pengarah Rukun Tetangga dan Penolong

Pengarah Rukun Tetangga yang dilantik oleh Menteri di bawah subseksyen 3(2);

“Pusat Kawasan” ertinya mana-mana premis yang disediakan oleh

Ketua Pengarah di bawah seksyen 6;

Rukun Tetangga 7

“Skim Rondaan Sukarela” ertinya suatu skim yang diluluskan oleh

Ketua Pengarah di bawah seksyen 15.

Section 2 — AKTA RUKUN TETANGGA 2012 | mylaw.my