Malaysia legislation

Section 13

of *AKTA UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

Seksyen 13

(2)

Jika mana-mana orang enggan atau tidak hadir sebagaimana yang dikehendaki, Ketua Pengarah boleh melaporkan keengganan atau ketidakhadiran itu kepada seorang Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu saman untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1).

(3)

Ketua Pengarah boleh memeriksa secara lisan seseorang yang dikatakan mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes di bawah dpenyiasatannya.

(4)

Seseorang itu adalah terikat untuk menjawab semua soalan yang diajukan kepadanya oleh Ketua Pengarah yang berhubungan dengan kes di bawah penyiasatan tetapi orang itu boleh enggan untuk

Umur Persaraan Minimum 13

menjawab mana-mana soalan yang jawapannya berkecenderungan untuk mendedahkannya kepada pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.

(5)

Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya dalam menjawab soalan atau tidak.

(6)

Ketua Pengarah yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (3) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu tentang peruntukan subseksyen (4) dan (5).

(7)

Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuat pernyataan itu atau ditandakan dengan cap ibu jarinya selepas pernyataan itu telah dibacakan kepadanya dalam bahasa pernyataan itu dibuat olehnya dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.

Kuasa untuk menghendaki pengemukaan dokumen