/akn/my/act/act/2012/753

*AKTA UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2012
Sections
21
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012 is Malaysia Act, cited as Act 753 2012, currently marked in force and first recorded in 2012.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi umur persaraan minimum dan bagi apa-apa perkara yang berhubungan dengannya. [1 Julai 2013; P.U.(B) 422/2012] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh

Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.

Ketidakpakaian

Suggest a correction

Seksyen 3

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan;

“Ketua Pengarah” ertinya—

(a)

berkenaan dengan Semenanjung Malaysia, Ketua Pengarah

Tenaga Kerja yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Akta

Kerja 1955 [Akta 265];

Suggest a correction

(b)

berkenaan dengan Sabah, Pengarah Tenaga Kerja yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Ordinan Buruh Sabah

[Sabah Bab 67]; dan

Suggest a correction

(c)

berkenaan dengan Sarawak, Pengarah Tenaga Kerja yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Ordinan Buruh Sarawak

[Sarawak Bab 76];

“kontrak perkhidmatan” ertinya mana-mana perjanjian, sama ada secara lisan atau bertulis, dan sama ada secra nyata atau tersirat, yang menurutnya seseorang bersetuju untuk mengambil kerja seorang yang lain sebagai pekerja dan orang yang lain itu bersetuju untuk berkhidmat dengan majikannya sebagai pekerja;

“majikan” ertinya mana-mana orang yang membuat kontrak perkhidmatan untuk mengambil kerja seorang yang lain sebagai pekerja dan termasuk ejen, pengurus atau faktor bagi orang yang mula-mula disebut itu;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber manusia;

“pegawai tenaga kerja” ertinya pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 3(2) Akta Kerja 1955, subseksyen 3(1A) Ordinan Buruh

Sabah atau subseksyen 3(1A) Ordinan Buruh Sarawak;

“pekerja” ertinya mana-mana orang yang membuat, dan bekerja di bawah, suatu kontrak perkhimatan dengan seorang majikan tanpa mengira gajinya tetapi tidak termasuk orang yang dinyatakan dalam

Jadual;

Umur Persaraan Minimum 7

“perjanjian kolektif” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Perhubungan Perusahaan 1967

[Akta 177];

“persaraan” ertinya penamatan sesuatu kontrak perkhidmatan seseorang pekerja atas alasan umur;

“persaraan pramasa” ertinya persaraan yang tidak mengikut seksyen 5;

“umur persaraan minimum” ertinya umur persaraan minimum yang diperuntukkan di bawah subseksyen 4(1) dan jika Menteri menetapkan suatu umur persaraan minimum yang lebih tinggi di bawah subseksyen 4(2), umur persaraan minimum yang lebih tinggi itu.

Suggest a correction

Bahagian II

BAHAGIAN II

UMUR PERSARAAN MINIMUM

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam

Warta, menetapkan umur persaraan minimum yang lebih tinggi daripada umur persaraan minimum yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(3)

Apabila Menteri menetapkan umur persaraan minimum yang lebih tinggi di bawah subseksyen (2), umur persaraan minimum yang ditetapkan itu hendaklah menggantikan umur persaraan minimum yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1).

Persaraan pramasa

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(1)

Seseorang majikan tidak boleh membersarakan secara pramasa seseorang pekerja sebelum pekerja itu mencapai umur persaraan minimum.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 753

Suggest a correction

(1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

Suggest a correction

(3)

Suatu persaraan pramasa tidak termasuk persaraan pilihan di bawah seksyen 6 dan penamatan kontrak perkhidmatan atas apa-apa sebab selain atas alasan umur.

Persaraan pilihan

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun umur persaraan minimum, seseorang pekerja boleh bersara apabila mencapai umur persaraan pilihan yang dipersetujui dalam kontrak perkhidmatan atau penjanjian kolektif.

Seksyen 7

Ketidaksahan terma kontrak perkhidmatan dan perjanjian kolektif

Open as pageSuggest a correction

(1)

Apa-apa umur persaraan dalam sesuatu kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif yang dibuat sebelum, pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini yang lebih rendah daripada umur persaraan minimum yang diperuntukkan di bawah

Akta ini hendaklah disifatkan sebagai terbatal dan digantikan dengan umur persaraan minimum yang telah diperuntukkan di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(2)

Mana-mana terma dalam sesuatu kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif yang berhubungan dengan umur persaraan hendaklah terbatal jika terma itu mengecualikan atau mengehadkan kuat kuasa mana-mana peruntukan Akta ini.

Suggest a correction

Bahagian III

BAHAGIAN III

ADUAN DAN SIASATAN

Suggest a correction

Kuasa Ketua Pengarah untuk menyiasat aduan

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(1)

Seseorang pekerja yang telah dibersarakan secara pramasa oleh majikannya mempunyai pilihan untuk mengadu secara bertulis kepada Ketua Pengarah dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh persaraan itu.

Umur Persaraan Minimum 9

Suggest a correction

(2)

Jika seseorang pekerja memilih untuk membuat suatu aduan kepada Ketua Pengarah di bawah subseksyen (1), pekerja itu tidak boleh membuat representasi di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan

Perusahaan 1967 sehingga aduannya kepada Ketua Pengarah di bawah seksyen ini telah diselesaikan.

Suggest a correction

(3)

Jika seseorang pekerja telah membuat representasi di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan juga membuat aduan di bawah subseksyen (1), Ketua Pengarah tidak boleh menjalankan siasatan terhadap aduan yang dibuat oleh pekerja itu.

Suggest a correction

(4)

Tertakluk kepada subseksyen (3), Ketua Pengarah boleh menjalankan suatu siasatan, mengikut cara yang ditetapkan oleh

Menteri, untuk menentukan sama ada terdapat keterangan prima facie bahawa seseorang pekerja telah dibersarakan secara pramasa oleh majikannya.

Suggest a correction

(5)

Selepas suatu siasatan di bawah subseksyen (4), jika Ketua

Pengarah—

(a)

berpuas hati bahawa aduan oleh seseorang pekerja adalah tidak berasas, Ketua Pengarah hendaklah menolak aduan itu; atau

Suggest a correction

(b)

berpuas hati bahawa pekerja itu telah dibersarakan secara pramasa oleh majikannya, Ketua Pengarah boleh mengarahkan majikan itu—

Suggest a correction

(i)

supaya mengembalikan semula pekerja itu kepada pekerjaan asalnya dan membayar pekerja itu apa-apa tunggakan gaji yang dikira dari tarikh pekerja itu telah dibersarakan secara pramasa sehingga tarikh pengembalian semua kerja itu; atau

(ii)

supaya membayar pekerja itu pampasan sebagai ganti pengembalian semula kerja yang tidak melebihi amaun keseluruhan gaji pekerja itu yang dikira dari tarikh pekerja itu telah dibersarakan secara pramasa sehingga tarikh pekerja itu mencapai umur persaraan minimum.

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Walau apa pun subseksyen (2) dan apa-apa had masa yang diperuntukkan di bawah subseksyen 20(1A) Akta Perhubungan

Perusahaan 1967, seseorang pekerja boleh membuat representasi di

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 753

bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 jika Ketua

Pengarah menolak aduannya di bawah perenggan (5)(a), dan representasi itu hendaklah dibuat dalam tempoh tiga puluh hari selepas penolakan aduan di bawah perenggan (5)(a) disampaikan kepada pekerja itu.

Suggest a correction

(7)

Jika seseorang pekerja telah membuat representasi di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 selepas aduannya ditolak di bawah perenggan (5)(a), pekerja itu tidak berhak untuk merayu di bawah seksyen 10 Akta ini, terhadap penolakan aduannya oleh Ketua Pengarah.

Suggest a correction

(8)

Jika Ketua Pengarah telah membuat suatu arahan di bawah perenggan (5)(b), seseorang pekerja tidak berhak untuk mendapat apa-apa remedi lain bagi pembuangan kerja tanpa sebab dan alasan yang adil di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

Suggest a correction

(9)

Bagi maksud seksyen ini, “gaji”—

(a)

bagi pekerja yang dinyatakan dalam Jadual Pertama kepada Akta Kerja 1955, dalam Jadual kepada Ordinan

Buruh Sabah atau dalam Jadual kepada Ordinan Buruh

Sarawak, mempunyai erti yang diberikan masing-masing kepadanya dalam seksyen 2 Akta Kerja 1955, seksyen 2

Ordinan Buruh Sabah atau seksyen 2 Ordinan Buruh

Sarawak; dan

Suggest a correction

(b)

bagi pekerja yang tidak dinyatakan dalam Jadual Pertama kepada Akta Kerja 1955, dalam Jadual kepada Ordinan

Buruh Sabah atau dalam Jadual kepada Ordinan Buruh

Sarawak, ertinya kadar gaji yang dipersetujui dalam kontrak perkhidmatannya.

Rujukan kepada Mahkamah Tinggi bagi persoalan undang-undang

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(1)

Dalam mana-mana siasatan di bawah subseksyen 8(4),

Ketua Pengarah boleh, jika difikirkannya patut, merujuk apa-apa persoalan undang-undang bagi keputusan Hakim Mahkamah Tinggi dan jika Ketua Pengarah berbuat demikian dia hendaklah membuat keputusan dalam siasatan itu selaras dengan keputusan Hakim

Mahkamah Tinggi.

Umur Persaraan Minimum 11

Suggest a correction

(2)

Sesuatu rayuan ke atas mana-mana keputusan Hakim

Mahkamah Tinggi di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada

Mahkamah Rayuan.

Rayuan

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tertakluk kepada mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 4 Akta Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1955

[Akta 55], tatacara dalam sesuatu rayuan ke Mahkamah Tinggi adalah tatacara dalam rayuan sivil daripada Mahkamah Sesyen dengan pengubahsuaian mengikut kehendak keadaan.

Ketidakpatuhan kepada arahan Ketua Pengarah

Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika seseorang majikan telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1), mahkamah yang di hadapannya majikan itu disabitkan boleh memerintahkan majikan itu membayar pekerja itu jumlah yang diarahkan oleh Ketua Pengarah supaya dibayar di bawah perenggan 8(5)(b).

Suggest a correction

(3)

Jika majikan tidak mematuhi perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2), mahkamah boleh, atas permohonan seseorang pekerja, mengeluarkan suatu waran untuk melevi harta majikan itu bagi mendapatkan amaun yang diperintahkan supaya dibayar di bawah subseksyen (2) dengan cara yang berikut:

(a)

secara distress dan penjualan harta majikan itu mengikut tatacara pelaksanaan yang sama di bawah *Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980 [P.U.(A) 328/1980] dan pelaksanaan ini hendaklah terpakai mutatis mutandis

* CATATAN – Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980 [P.U.(A) 328/1980] telah dimansuhkan oleh Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [P.U.(A) 205/2012]

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 753

walau apa pun amaun yang diperintahkan untuk dibayar;

atau

Suggest a correction

(b)

mengikut cara yang sama seperti suatu denda sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 283

Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

Suggest a correction
Suggest a correction

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

PENYIASATAN DAN PENGUATKUASAAN

Suggest a correction

Kuasa Ketua Pengarah

Seksyen 12

Ketua Pengarah hendaklah mempunyai segala kuasa—

Open as pageSuggest a correction

(a)

untuk menyiasat apa-apa kesalahan di bawah Akta ini;

dan

Suggest a correction

(b)

untuk menguatkuasakan mana-mana peruntukan Akta ini.

Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika mana-mana orang enggan atau tidak hadir sebagaimana yang dikehendaki, Ketua Pengarah boleh melaporkan keengganan atau ketidakhadiran itu kepada seorang Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu saman untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(3)

Ketua Pengarah boleh memeriksa secara lisan seseorang yang dikatakan mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes di bawah dpenyiasatannya.

Suggest a correction

(4)

Seseorang itu adalah terikat untuk menjawab semua soalan yang diajukan kepadanya oleh Ketua Pengarah yang berhubungan dengan kes di bawah penyiasatan tetapi orang itu boleh enggan untuk

Umur Persaraan Minimum 13

menjawab mana-mana soalan yang jawapannya berkecenderungan untuk mendedahkannya kepada pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.

Suggest a correction

(5)

Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya dalam menjawab soalan atau tidak.

Suggest a correction

(6)

Ketua Pengarah yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (3) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu tentang peruntukan subseksyen (4) dan (5).

Suggest a correction

(7)

Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuat pernyataan itu atau ditandakan dengan cap ibu jarinya selepas pernyataan itu telah dibacakan kepadanya dalam bahasa pernyataan itu dibuat olehnya dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.

Kuasa untuk menghendaki pengemukaan dokumen

Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

(a)

menghendaki mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu untuk mengemukakan apa-apa kontrak perkhidmatan atau dokumen lain yang berhubungan dengan pekerjaan seseorang pekerja yang membuat aduan di bawah subseksyen 8(1);

Suggest a correction

(b)

membuat salinan mana-mana kontrak perkhidmatan atau dokumen lain yang berhubungan dengan pekerjaan yang dikemukakan di bawah perenggan (a);

dan

Suggest a correction

(c)

mengambil atau mengeluarkan apa-apa dokumen yang berkaitan.

Suggest a correction

(2)

Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa mana-mana dokumen tidak lagi perlu dipegang simpan, Ketua Pengarah boleh

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 753

mengembalikan dokumen itu kepada orang yang memberikan dokumen itu dengan secepat yang dapat dilaksanakan.

Suggest a correction

Bahagian V

BAHAGIAN V

AM

Suggest a correction

Penjalanan kuasa Ketua Pengarah oleh pegawai tenaga kerja

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seorang pegawai tenaga kerja tidak boleh menjalankan mana-mana kuasa Ketua Pengarah di bawah Akta ini melainkan jika dia memiliki kad kuasa yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah yang memberi kuasa kepadanya untuk menjalankan kuasa tersebut.

Pendakwaan

Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

Tiada pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis

Pendakwa Raya.

Seksyen 17

Pengkompaun kesalahan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu telah dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya telah dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam tempoh masa yang

Umur Persaraan Minimum 15

dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh masa lanjutan yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap majikan yang kepadanya tawaran itu dibuat.

Suggest a correction

(3)

Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap majikan yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat.

Pengecualian

Suggest a correction

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan dengan atau tanpa syarat mana-mana majikan atau kumpulan majikan daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini.

Seksyen 19

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan sebagaimana perlu dan suai manfaat bagi maksud untuk melaksanakan peruntukan Akta ini.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

(Seksyen 2)

1.

Akta ini tidak terpakai bagi—

(a)

seseorang yang diambil kerja secara tetap, sementara atau kontrak dan dibayar emolumen oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan mana-mana

Negeri, mana-mana badan berkanun atau mana-mana pihak berkuasa tempatan;

(b)

seseorang yang bekerja dalam tempoh percubaan;

(c)

seseorang perantis yang diambil kerja di bawah kontrak perantisan;

(d)

pekerja bukan warganegara;

(e)

pekhidmat domestik;

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 753

(f)

seseorang yang diambil kerja dalam apa-apa pekerjaan dengan purata waktu bekerjanya tidak melebihi tujuh puluh peratus waktu bekerja biasa seseorang pekerja sepenuh masa;

(g)

seseorang pelajar yang diambil bekerja di bawah mana-mana kontrak untuk tempoh pekerjaan sementara tetapi tidak termasuk pekerja dalam cuti belajar dan pekerja yang sedang belajar secara separuh masa;

(h)

seseorang yang diambil kerja untuk suatu kontrak perkhidmatan bertempoh tetap termasuk apa-apa pelanjutan, yang tidak lebih daripada dua puluh empat bulan;

(ha) seseorang yang diambil kerja untuk suatu kontrak perkhidmatan bertempoh tetap, termasuk apa-apa pelanjutan, yang melebihi dua puluh empat bulan tetapi tidak melebihi enam puluh bulan dengan gaji pokok sebanyak dua puluh ribu ringgit sebulan dan ke atas; dan

(i)

seseorang yang, sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, telah bersara pada umur lima puluh lima tahun atau lebih dan kemudiannya bekerja semula selepas dia bersara.

2.

Bagi maksud Jadual ini, “pekhimat domestik” dan “kontrak perantisan”

mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Kerja 1955,

Ordinan Buruh Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak.

17

Akta 753

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

P.U. (A) 249/2016

Perintah Umur Persaraan

Minimum (Pindaan Jadual)

2016

01-10-2016

______________

18

Akta 753

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

Jadual

Suggest a correction

Jadual

P.U. (A) 249/2016 01-10-2016

_____________

Common questions

What is AKTA UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012?
*AKTA UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012 is Malaysia Act, cited as Act 753 2012, currently marked in force and first recorded in 2012.
Is AKTA UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012 still in force?
Yes — AKTA UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012 is currently in force.
When did AKTA UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012 take effect?
AKTA UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012 was first recorded in 2012.
How many sections does AKTA UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012 have?
AKTA UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012 contains 19 sections.
Where can I read the official version of AKTA UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012?
The official text of AKTA UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012 (No. 753) | mylaw.my