Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

Seksyen 3

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan;

“Ketua Pengarah” ertinya—

(a)

berkenaan dengan Semenanjung Malaysia, Ketua Pengarah

Tenaga Kerja yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Akta

Kerja 1955 [Akta 265];

(b)

berkenaan dengan Sabah, Pengarah Tenaga Kerja yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Ordinan Buruh Sabah

[Sabah Bab 67]; dan

(c)

berkenaan dengan Sarawak, Pengarah Tenaga Kerja yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Ordinan Buruh Sarawak

[Sarawak Bab 76];

“kontrak perkhidmatan” ertinya mana-mana perjanjian, sama ada secara lisan atau bertulis, dan sama ada secra nyata atau tersirat, yang menurutnya seseorang bersetuju untuk mengambil kerja seorang yang lain sebagai pekerja dan orang yang lain itu bersetuju untuk berkhidmat dengan majikannya sebagai pekerja;

“majikan” ertinya mana-mana orang yang membuat kontrak perkhidmatan untuk mengambil kerja seorang yang lain sebagai pekerja dan termasuk ejen, pengurus atau faktor bagi orang yang mula-mula disebut itu;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber manusia;

“pegawai tenaga kerja” ertinya pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 3(2) Akta Kerja 1955, subseksyen 3(1A) Ordinan Buruh

Sabah atau subseksyen 3(1A) Ordinan Buruh Sarawak;

“pekerja” ertinya mana-mana orang yang membuat, dan bekerja di bawah, suatu kontrak perkhimatan dengan seorang majikan tanpa mengira gajinya tetapi tidak termasuk orang yang dinyatakan dalam

Jadual;

Umur Persaraan Minimum 7

“perjanjian kolektif” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Perhubungan Perusahaan 1967

[Akta 177];

“persaraan” ertinya penamatan sesuatu kontrak perkhidmatan seseorang pekerja atas alasan umur;

“persaraan pramasa” ertinya persaraan yang tidak mengikut seksyen 5;

“umur persaraan minimum” ertinya umur persaraan minimum yang diperuntukkan di bawah subseksyen 4(1) dan jika Menteri menetapkan suatu umur persaraan minimum yang lebih tinggi di bawah subseksyen 4(2), umur persaraan minimum yang lebih tinggi itu.