Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Ketidaksahan terma kontrak perkhidmatan dan perjanjian kolektif
(1)
Apa-apa umur persaraan dalam sesuatu kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif yang dibuat sebelum, pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini yang lebih rendah daripada umur persaraan minimum yang diperuntukkan di bawah
Akta ini hendaklah disifatkan sebagai terbatal dan digantikan dengan umur persaraan minimum yang telah diperuntukkan di bawah Akta ini.
(2)
Mana-mana terma dalam sesuatu kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif yang berhubungan dengan umur persaraan hendaklah terbatal jika terma itu mengecualikan atau mengehadkan kuat kuasa mana-mana peruntukan Akta ini.