Malaysia legislation

Section 8

of *AKTA UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

Seksyen 8

(1)

Seseorang pekerja yang telah dibersarakan secara pramasa oleh majikannya mempunyai pilihan untuk mengadu secara bertulis kepada Ketua Pengarah dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh persaraan itu.

Umur Persaraan Minimum 9

(2)

Jika seseorang pekerja memilih untuk membuat suatu aduan kepada Ketua Pengarah di bawah subseksyen (1), pekerja itu tidak boleh membuat representasi di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan

Perusahaan 1967 sehingga aduannya kepada Ketua Pengarah di bawah seksyen ini telah diselesaikan.

(3)

Jika seseorang pekerja telah membuat representasi di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan juga membuat aduan di bawah subseksyen (1), Ketua Pengarah tidak boleh menjalankan siasatan terhadap aduan yang dibuat oleh pekerja itu.

(4)

Tertakluk kepada subseksyen (3), Ketua Pengarah boleh menjalankan suatu siasatan, mengikut cara yang ditetapkan oleh

Menteri, untuk menentukan sama ada terdapat keterangan prima facie bahawa seseorang pekerja telah dibersarakan secara pramasa oleh majikannya.

(5)

Selepas suatu siasatan di bawah subseksyen (4), jika Ketua

Pengarah—

(a)

berpuas hati bahawa aduan oleh seseorang pekerja adalah tidak berasas, Ketua Pengarah hendaklah menolak aduan itu; atau

(b)

berpuas hati bahawa pekerja itu telah dibersarakan secara pramasa oleh majikannya, Ketua Pengarah boleh mengarahkan majikan itu—

(i)

supaya mengembalikan semula pekerja itu kepada pekerjaan asalnya dan membayar pekerja itu apa-apa tunggakan gaji yang dikira dari tarikh pekerja itu telah dibersarakan secara pramasa sehingga tarikh pengembalian semua kerja itu; atau

(ii)

supaya membayar pekerja itu pampasan sebagai ganti pengembalian semula kerja yang tidak melebihi amaun keseluruhan gaji pekerja itu yang dikira dari tarikh pekerja itu telah dibersarakan secara pramasa sehingga tarikh pekerja itu mencapai umur persaraan minimum.

(6)

Walau apa pun subseksyen (2) dan apa-apa had masa yang diperuntukkan di bawah subseksyen 20(1A) Akta Perhubungan

Perusahaan 1967, seseorang pekerja boleh membuat representasi di

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 753

bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 jika Ketua

Pengarah menolak aduannya di bawah perenggan (5)(a), dan representasi itu hendaklah dibuat dalam tempoh tiga puluh hari selepas penolakan aduan di bawah perenggan (5)(a) disampaikan kepada pekerja itu.

(7)

Jika seseorang pekerja telah membuat representasi di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 selepas aduannya ditolak di bawah perenggan (5)(a), pekerja itu tidak berhak untuk merayu di bawah seksyen 10 Akta ini, terhadap penolakan aduannya oleh Ketua Pengarah.

(8)

Jika Ketua Pengarah telah membuat suatu arahan di bawah perenggan (5)(b), seseorang pekerja tidak berhak untuk mendapat apa-apa remedi lain bagi pembuangan kerja tanpa sebab dan alasan yang adil di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

(9)

Bagi maksud seksyen ini, “gaji”—

(a)

bagi pekerja yang dinyatakan dalam Jadual Pertama kepada Akta Kerja 1955, dalam Jadual kepada Ordinan

Buruh Sabah atau dalam Jadual kepada Ordinan Buruh

Sarawak, mempunyai erti yang diberikan masing-masing kepadanya dalam seksyen 2 Akta Kerja 1955, seksyen 2

Ordinan Buruh Sabah atau seksyen 2 Ordinan Buruh

Sarawak; dan

(b)

bagi pekerja yang tidak dinyatakan dalam Jadual Pertama kepada Akta Kerja 1955, dalam Jadual kepada Ordinan

Buruh Sabah atau dalam Jadual kepada Ordinan Buruh

Sarawak, ertinya kadar gaji yang dipersetujui dalam kontrak perkhidmatannya.

Rujukan kepada Mahkamah Tinggi bagi persoalan undang-undang