Malaysia legislation

Section 10

of AKTA PEMINDAHAN ANTARABANGSA BANDUAN 2012

Seksyen 10

(2)

Menteri hendaklah menyebabkan suatu salinan waran bagi pemindahan dari Malaysia diserahkan kepada Komisioner Jeneral

Penjara.

(3)

Apabila mengeluarkan waran bagi pemindahan dari Malaysia,

Menteri hendaklah mengambil kira sama ada atau tidak banduan itu ialah subjek mana-mana permintaan ekstradisi.

Pemindahan Antarabangsa Banduan 11

(4)

Waran bagi pemindahan dari Malaysia hendaklah disifatkan sebagai kuasa yang mencukupi bagi membolehkan Komisioner

Jeneral Penjara untuk menghantar banduan itu kepada mana-mana pihak berkuasa berkenaan yang akan menerima banduan itu.

(5)

Suatu waran bagi pemindahan dari Malaysia membenarkan banduan dari Malaysia untuk meneruskan penjalanan hukuman pemenjaraan atau perintah tahanan di dalam penjara di Negara asing yang ditetapkan mengikut triti atau perjanjian lain antara

Malaysia dan Negara asing yang ditetapkan itu.

(6)

Jika banduan itu dilepaskan atas parol, waran bagi pemindahan dari Malaysia—

(a)

hendaklah menyatakan apa-apa kelulusan, pemberian kuasa, kebenaran atau pengubahan kepada parol atau apa-apa perintah lain yang telah dibuat di bawah undang-undang

Malaysia; dan

(b)

hendaklah menyatakan apa-apa tatacara bagi pemindahan banduan ke Negara asing yang ditetapkan yang telah dipersetujui dengan Negara asing yang ditetapkan itu dan pemberian kuasa serta arahan yang perlu.

(7)

Kesan pengeluaran waran bagi pemindahan dari Malaysia ialah penggantungan penguatkuasaan hukuman pemenjaraan atau perintah tahanan di dalam penjara di Malaysia.