PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/2012/754
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA PEMINDAHAN ANTARABANGSA BANDUAN 2012 is Malaysia Act, cited as Act 754 2012, currently marked in force and first recorded in 2012.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pemakaian
Akta ini terpakai bagi banduan yang dihukum oleh mahkamah yang ditubuhkan oleh atau di bawah Bahagian IX Perlembagaan
Persekutuan atau seksyen 3 Akta Mahkamah Rendah 1948
[Akta 92], atau oleh mahkamah Negara asing yang ditetapkan yang mempunyai bidang kuasa yang serupa.
Undang-Undang Malaysia 6
Akta 754
Tafsiran
“banduan” ertinya seseorang yang sedang menjalani hukuman pemenjaraan atau berada dalam tahanan di penjara menurut perintah yang dibuat berdasarkan suatu dapatan bersalah, termasuklah—
orang sedemikian yang di bawah umur lapan belas tahun;
“Komisioner Jeneral Penjara” ertinya Komisioner Jeneral Penjara yang dilantik di bawah subseksyen 10(1) Akta Penjara 1995 [Akta 537];
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi penjara dan banduan;
“Negara asing yang ditetapkan” ertinya Negara asing yang diisytiharkan oleh Menteri, melalui perintah yang dibuat di bawah seksyen 4, sebagai Negara asing yang ditetapkan;
“pihak berkuasa berkenaan” ertinya seseorang atau pihak berkuasa di mana-mana Negara asing yang ditetapkan yang
Menteri berpuas hati ia diberikan kuasa di bawah undang-undang
Negara asing yang ditetapkan itu sebagai pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk melaksanakan pemindahan banduan ke dan dari Negara itu.
Perintah Menteri
Perintah di bawah seksyen ini boleh memperuntukkan bahawa peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi Negara asing itu tertakluk kepada apa-apa sekatan, had, kecualian, ubah suaian, penyesuaian, syarat atau batasan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, dan dalam keadaan itu peruntukan Akta ini hendaklah terpakai dengan sewajarnya.
Pemindahan Antarabangsa Banduan 7
Perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa triti atau perjanjian lain yang disebut dalam perintah itu mematuhi Akta ini, dan bahawa
Akta ini adalah terpakai bagi Negara asing yang ditetapkan yang disebut dalam perintah itu.
Kesahan perintah yang dibuat di bawah seksyen ini tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana prosiding undang-undang.
Menteri boleh melalui suatu perintah kemudiannya mengubah atau membatalkan mana-mana perintah yang dibuat sebelum ini di bawah seksyen ini.
Bahagian II
Kelayakan bagi pemindahan dari Malaysia
Bagi maksud seksyen ini, seseorang banduan mempunyai hubungan komuniti dengan sesuatu Negara asing yang ditetapkan jika—
tempat tinggal utama banduan itu sebaik sebelum dijatuhkan hukuman pemenjaraan di Malaysia adalah di dalam
Negara asing yang ditetapkan itu;
ibu, bapa, datuk, nenek atau anak banduan itu mempunyai tempat tinggal utama di dalam Negara asing yang ditetapkan itu; atau
banduan itu telah berkahwin dengan mana-mana orang yang mempunyai tempat tinggal utama di dalam Negara asing yang ditetapkan itu.
Kelayakan bagi pemindahan ke Malaysia
Seseorang banduan layak untuk dipindahkan ke Malaysia dari suatu Negara asing yang ditetapkan di bawah Akta ini jika banduan itu adalah warganegara Malaysia.
Undang-Undang Malaysia 8
Akta 754
Syarat bagi pemindahan
hukuman pemenjaraan atau perintah yang dibuat berdasarkan suatu dapatan bersalah yang mengenakan suatu tempoh pemenjaraan ke atas banduan itu tidak tertakluk kepada rayuan ke mana-mana mahkamah atau tribunal;
tindakan atau peninggalan yang merupakan kesalahan yang menyebabkan banduan itu menjalani hukuman di dalam
Negara yang menjatuhkan hukuman itu, jika tindakan atau peninggalan itu berlaku di dalam Negara yang kepadanya pemindahan diminta, juga merupakan suatu kesalahan di dalam Negara itu melainkan jika Menteri dan pihak berkuasa berkenaan bersetuju selainnya;
pada masa permohonan bagi pemindahan dibuat sekurang-kurangnya enam bulan daripada hukuman banduan itu masih belum dijalani, tanpa mengambil kira sama ada banduan itu telah dilepaskan atas parol atau selainnya, dengan syarat Menteri dan pihak berkuasa berkenaan boleh menentukan suatu tempoh yang lebih singkat;
Menteri dan pihak berkuasa berkenaan telah memberikan keizinan mereka bagi pemindahan itu;
keizinan banduan telah diperoleh, jika keizinan itu dikehendaki oleh triti atau apa-apa perjanjian lain antara
Malaysia dan Negara asing yang ditetapkan, atau mana-mana triti atau perjanjian lain yang Malaysia atau Negara asing yang ditetapkan menjadi pihak; dan
apa-apa kehendak lain yang dipersetujui antara Malaysia dan Negara asing yang ditetapkan telah dipenuhi, termasuk syarat yang diperuntukkan dalam atau dibuat di bawah mana-mana triti atau perjanjian antara Malaysia dan
Negara asing yang ditetapkan.
Bagi pemindahan banduan ke atau dari Malaysia, Menteri boleh menolak permohonan bagi pemindahan atau tidak memberikan keizinannya bagi pemindahan itu jika—
pemindahan itu akan menjejaskan kedaulatan, keselamatan, ketenteraman awam atau kepentingan awam perlu yang lain bagi Malaysia;
Pemindahan Antarabangsa Banduan 9
pemindahan banduan itu akan mengenakan tanggungan beban yang berlebihan ke atas sumber kewangan Malaysia;
atau
pemindahan itu akan menghendaki langkah-langkah yang bertentangan dengan mana-mana undang-undang bertulis diambil.
Bahagian III
Pertimbangan awal bagi permohonan untuk pemindahan dari
Malaysia
Menteri hendaklah memaklumkan Negara asing yang ditetapkan itu tentang hasrat Malaysia untuk memohon untuk memindahkan banduan itu ke Negara asing yang ditetapkan itu; dan
Menteri hendaklah meminta Negara asing yang ditetapkan itu untuk memberikan pandangan awalnya ke atas permohonan itu, termasuklah kaedah bagaimana hukuman pemenjaraan itu berkemungkinan akan dikuatkuasakan oleh Negara asing yang ditetapkan itu jika, berikutan permohonan rasmi untuk pemindahan, Negara asing yang ditetapkan itu mengizinkan pemindahan itu.
Bagi maksud subseksyen (1), Menteri boleh memberikan
Negara asing yang ditetapkan—
butiran tentang apa-apa permintaan bagi ekstradisi banduan itu yang telah dibuat di bawah Akta Ekstradisi 1992
[Akta 479] atau minat mengenai ekstradisi yang dinyatakan oleh Negara lain atau mana-mana Negara yang, pada pendapat Menteri, berkemungkinan mempunyai hasrat untuk mengekstradisi banduan itu; atau
apa-apa maklumat lain yang difikirkan oleh Menteri boleh membantu Negara asing yang ditetapkan dalam memberikan pandangan awalnya ke atas cadangan pemindahan itu.
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 754
Permohonan untuk pemindahan dari Malaysia
oleh Menteri kepada pihak berkuasa berkenaan Negara asing yang ditetapkan; atau
Permohonan untuk pemindahan di bawah subseksyen (1)
hendaklah dibuat secara bertulis.
Tiap-tiap permohonan bagi pemindahan di bawah seksyen ini hendaklah disertakan dengan—
apa-apa dokumen yang dipersetujui oleh Malaysia dan
Negara asing yang ditetapkan bagi maksud itu; dan
apa-apa dokumen atau maklumat lain yang difikirkan berkaitan dengan permohonan itu dan yang boleh diberikan dengan sewajarnya.
Menteri boleh memberitahu banduan atau wakil banduan tentang perkiraan bagi pemindahan itu.
Waran bagi pemindahan dari Malaysia
Menteri hendaklah menyebabkan suatu salinan waran bagi pemindahan dari Malaysia diserahkan kepada Komisioner Jeneral
Penjara.
Apabila mengeluarkan waran bagi pemindahan dari Malaysia,
Menteri hendaklah mengambil kira sama ada atau tidak banduan itu ialah subjek mana-mana permintaan ekstradisi.
Pemindahan Antarabangsa Banduan 11
Waran bagi pemindahan dari Malaysia hendaklah disifatkan sebagai kuasa yang mencukupi bagi membolehkan Komisioner
Jeneral Penjara untuk menghantar banduan itu kepada mana-mana pihak berkuasa berkenaan yang akan menerima banduan itu.
Suatu waran bagi pemindahan dari Malaysia membenarkan banduan dari Malaysia untuk meneruskan penjalanan hukuman pemenjaraan atau perintah tahanan di dalam penjara di Negara asing yang ditetapkan mengikut triti atau perjanjian lain antara
Malaysia dan Negara asing yang ditetapkan itu.
Jika banduan itu dilepaskan atas parol, waran bagi pemindahan dari Malaysia—
hendaklah menyatakan apa-apa kelulusan, pemberian kuasa, kebenaran atau pengubahan kepada parol atau apa-apa perintah lain yang telah dibuat di bawah undang-undang
Malaysia; dan
hendaklah menyatakan apa-apa tatacara bagi pemindahan banduan ke Negara asing yang ditetapkan yang telah dipersetujui dengan Negara asing yang ditetapkan itu dan pemberian kuasa serta arahan yang perlu.
Kesan pengeluaran waran bagi pemindahan dari Malaysia ialah penggantungan penguatkuasaan hukuman pemenjaraan atau perintah tahanan di dalam penjara di Malaysia.
Bahagian IV
Permohonan untuk pemindahan ke Malaysia
oleh Menteri kepada pihak berkuasa berkenaan Negara asing yang ditetapkan; atau
Suatu permohonan bagi pemindahan di bawah subseksyen (1)
hendaklah dibuat secara bertulis.
Undang-Undang Malaysia 12
Akta 754
Permohonan bagi pemindahan di bawah seksyen ini hendaklah disertakan dengan—
apa-apa dokumen yang dipersetujui oleh Malaysia dan
Negara asing yang ditetapkan bagi maksud itu; dan
apa-apa dokumen atau maklumat lain yang difikirkan berkaitan dengan permohonan itu dan yang boleh diberikan dengan sewajarnya.
Waran bagi pemindahan ke Malaysia
Malaysia boleh dibuat—
Waran bagi pemindahan ke Malaysia membenarkan pemindahan banduan dari Negara asing yang ditetapkan ke Malaysia untuk meneruskan penjalanan hukuman pemenjaraan atau perintah tahanan di dalam penjara mengikut triti atau perjanjian lain antara
Malaysia dan Negara asing yang ditetapkan itu.
Jika banduan itu dilepaskan atas parol, waran bagi pemindahan ke Malaysia hendaklah menyatakan apa-apa tatacara bagi pemindahan itu yang telah dipersetujui dengan Negara asing yang ditetapkan dan pemberian kuasa serta arahan yang perlu.
Komisioner Jeneral Penjara hendaklah mempunyai kuasa bagi menahan banduan dalam penjara untuk tempoh yang dinyatakan dalam waran bagi pemindahan ke Malaysia.
Pendaftaran waran atau perintah yang dikeluarkan di Negara asing yang ditetapkan
Jika, di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Negara asing yang ditetapkan, suatu mahkamah atau suatu tribunal telah mengeluarkan waran bagi pelaksanaan suatu hukuman pemenjaraan atau suatu perintah yang dibuat berdasarkan suatu dapatan bersalah yang mengenakan suatu tempoh pemenjaraan, ke atas seseorang banduan, Hakim Mahkamah Sesyen di Malaysia hendaklah mendaftarkan waran atau perintah itu, dan waran atau perintah itu bolehlah selepas itu dilaksanakan terhadap banduan itu seolah-olah waran atau perintah itu dikeluarkan secara sah di bawah undang-undang Malaysia.
Pemindahan Antarabangsa Banduan 13
Bahagian V
Pengubahan waran bagi pemindahan
Menteri boleh, melalui suatu waran bagi pemindahan kemudiannya, mengubah mana-mana waran bagi pemindahan terdahulu yang dikeluarkan di bawah subseksyen 10(1) atau 12(1).
Pembatalan waran bagi pemindahan
Menteri boleh, pada bila-bila masa sebelum banduan berkenaan dipindahkan, membatalkan waran bagi pemindahan banduan itu yang dikeluarkan di bawah subseksyen 10(1) atau 12(1) jika—
Menteri memikirkan bahawa adalah tidak wajar meneruskan pemindahan banduan itu;
Negara asing yang ditetapkan menarik balik keizinan bagi pemindahan itu; atau
banduan itu, jika dikehendaki untuk memberi keizinan menurut triti atau apa-apa perjanjian lain antara Malaysia dan Negara yang ditetapkan itu, atau mana-mana triti atau perjanjian lain yang Malaysia atau Negara yang ditetapkan itu menjadi pihak, menarik balik keizinan itu.
Bahagian VI
Penguatkuasaan hukuman pemenjaraan atau perintah tahanan di dalam penjara yang dikenakan ke atas mana-mana banduan yang dipindahkan ke Malaysia hendaklah tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 754
Tempoh yang dihabiskan dalam tahanan berkaitan dengan hukuman pemenjaraan atau perintah tahanan di dalam penjara
Apa-apa tempoh hukuman pemenjaraan atau perintah tahanan di dalam penjara yang telah dijalani atau disifatkan telah dijalani oleh banduan dalam Negara asing yang ditetapkan hendaklah dikira sebagai tempoh yang telah dijalani oleh banduan itu di Malaysia.
Bahagian VII
Pengampunan, peringanan, dsb. hukuman
Jika Negara asing yang ditetapkan itu telah memberitahu
Menteri mengenai keputusan untuk memberi ampun, tunda hukum atau lega hukum berkenaan dengan kesalahan yang dilakukan atau peremitan, penggantungan atau peringanan hukuman itu, kepada seseorang banduan, Menteri hendaklah menguatkuasakan keputusan itu.
Berhubung dengan sesuatu pemindahan banduan dari Malaysia,
Akta ini hendaklah tidak menyekat kuasa untuk memberi ampun, tunda hukum atau lega hukum berkenaan dengan kesalahan yang dilakukan atau peremitan, penggantungan atau peringanan hukuman itu, kepada banduan itu, mengikut undang-undang Malaysia.
Kos
Menteri boleh mendapatkan balik kos dan perbelanjaan yang dilakukan bagi pemindahan seseorang banduan.
Pemindahan Antarabangsa Banduan 15
Pewakilan
Suatu pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang
Menteri sendiri daripada menjalankan mana-mana kuasa yang diwakilkan sedemikian pada bila-bila masa.
Peraturan-peraturan
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi memberi kesan sepenuhnya kepada peruntukan-peruntukan Akta ini.