Malaysia legislation

Section 12

of AKTA PEMINDAHAN ANTARABANGSA BANDUAN 2012

Seksyen 12

Malaysia boleh dibuat—

(2)

Waran bagi pemindahan ke Malaysia membenarkan pemindahan banduan dari Negara asing yang ditetapkan ke Malaysia untuk meneruskan penjalanan hukuman pemenjaraan atau perintah tahanan di dalam penjara mengikut triti atau perjanjian lain antara

Malaysia dan Negara asing yang ditetapkan itu.

(3)

Jika banduan itu dilepaskan atas parol, waran bagi pemindahan ke Malaysia hendaklah menyatakan apa-apa tatacara bagi pemindahan itu yang telah dipersetujui dengan Negara asing yang ditetapkan dan pemberian kuasa serta arahan yang perlu.

(4)

Komisioner Jeneral Penjara hendaklah mempunyai kuasa bagi menahan banduan dalam penjara untuk tempoh yang dinyatakan dalam waran bagi pemindahan ke Malaysia.

Pendaftaran waran atau perintah yang dikeluarkan di Negara asing yang ditetapkan