Malaysia legislation

Section 13

of AKTA PEMINDAHAN ANTARABANGSA BANDUAN 2012

Seksyen 13

Jika, di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Negara asing yang ditetapkan, suatu mahkamah atau suatu tribunal telah mengeluarkan waran bagi pelaksanaan suatu hukuman pemenjaraan atau suatu perintah yang dibuat berdasarkan suatu dapatan bersalah yang mengenakan suatu tempoh pemenjaraan, ke atas seseorang banduan, Hakim Mahkamah Sesyen di Malaysia hendaklah mendaftarkan waran atau perintah itu, dan waran atau perintah itu bolehlah selepas itu dilaksanakan terhadap banduan itu seolah-olah waran atau perintah itu dikeluarkan secara sah di bawah undang-undang Malaysia.

Pemindahan Antarabangsa Banduan 13